• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada PRK Bagi Kerusi DUN Nenggiri – SPR

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan bagi mengisi kekosongan luar jangka selaras dengan peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Ahli SPR, Md Yusop Mansor, dalam kenyataan hari ini, berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob pada Khamis lalu berhubung kekosongan kerusi tersebut tetapi tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

Pada 11 Julai lalu, Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani, 55, diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor, sekali gus telah hilang kelayakan sebagai ADUN berkuat kuasa pada tarikh tersebut.

Md Yusof berkata peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan di bawah Perkara 46(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan Speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.

“Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, Speaker Dewan Negeri Kelantan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu,” katanya.

Md Yusop berkata SPR memutuskan tiada PRK untuk DUN Nenggiri itu memandangkan tempoh mandat DUN Kelantan pada PRU Ke-13 (PRU13) iaitu pada 2013 telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitahuan oleh Speaker mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

Pejabat Speaker DUN Kelantan telah menerima surat pemakluman mengenai status Mat Yusoff daripada Jabatan Insolvensi pada 28 Mei lalu.

Menurut Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi ADUN Kelantan. – BERNAMA

Tags: DUN NenggiriSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd