• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hawar: Tiada Lagi Kematian Baru Di Terengganu

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiada kematian baharu melibatkan kerbau dan lembu di Terengganu akibat penyakit hawar berdarah sejak Isnin lepas, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.

Beliau berkata sejak penyakit itu melanda tiga daerah di Terengganu pada akhir Mei lepas, pihaknya merekodkan 354 kematian haiwan ternakan iaitu 298 lembu dan 56 kerbau.

“Alhamdulillah, wabak semakin bertambah baik di mana kematian terakhir direkodkan di Kuala Nerus ialah pada 11 Jun, Kuala Terengganu (21 Jun) dan Marang (2 Julai) lalu.

Bagaimanapun, kami tetap meneruskan aktiviti pemvaksinan terhadap haiwan ternakan di tiga daerah tersebut bagi memastikan ia terus terkawal dan dapat dibasmi sepenuhnya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPV Terengganu di sini hari ini.

Mengikut rekod JPV Terengganu, jumlah kerugian penternak dianggarkan kira-kira RM1.8 juta dengan purata kerugian RM5,000 untuk Dr Mohd Termizi berkata 18 penternak terlibat dengan penyakit hawar berdarah yang mana Marang merekodkan jumlah penternak tertinggi iaitu sembilan orang diikuti Kuala Terengganu (lapan) dan Kuala Nerus (satu).

“Setakat ini kita telah memvaksin sebanyak 5,262 lembu dan 133 kerbau di kawasan berhampiran wabak secara percuma untuk membantu meringankan beban penternak.

Bagaimanapun, untuk ternakan yang tertentu seperti lembu sado kita beri keutamaan, walaupun jauh sedikit dari kawasan wabak kita tetap pantau kerana harga lembu sado boleh mencecah RM10,000 seekor, jadi ia agak istimewa dan memerlukan pemantauan JPV dari wabak ini,” katanya.

Selain itu, Dr Mohd Termizi menyasarkan pihaknya dapat memvaksin lebih 6,000 haiwan ternakan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.

Beliau turut menasihatkan penternak agar segera menghubungi pihaknya sekiranya ternakan mereka mempunyai tanda tanda seperti mulut berbuih, badan panas atau demam serta leher bengkak pada ternakan. – BERNAMA

Tags: Dr Mohd Termizi Ghazali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd