• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Bertugas Luar Kawasan, Tiada Arahan Murid Cuti

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemberitahuan untuk ‘merehatkan’ murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan sekolah seperti yang dikeluarkan sebuah sekolah di Ampang, Selangor bukan arahan Kementerian Pendidikan, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas pengedaran surat pemberitahuan di media sosial yang memaklumkan murid kelas peralihan, darjah satu dan dua bagi sesi pagi dan petang direhatkan pada 18 dan 19 Julai kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, Mahdzir berkata pemberitahuan itu disediakan secara ‘pandai-pandai’ oleh pengetua atau pihak sekolah berkenaan.

Beliau berkata penglibatan guru dalam taklimat seperti dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah biasa dan tidak memerlukan murid direhatkan.

“Kita akan lakukan siasatan dalaman tetapi yang pasti arahan sebegitu tidak boleh dibuat sama sekali,” katanya ketika ditemui pada majlis mesra Aidilfitri kementeriannya di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri kabinet.

Mahdzir berkata kebiasaannya sekolah hanya perlu melaporkan hal itu kepada PPD dan ketiadaan guru terbabit bagi kelas pengajarannya perlu diganti oleh guru lain.

“Jadi, pemberitahuan bahawa murid direhatkan dua hari adalah tidak betul dan menyalahi praktis yang diamalkan sejak sekian lama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

J/kuasa Memperkasa Mahkamah Syariah Akan Ditubuh

Next Post

Solat Awal Waktu Untuk Maintain Solekan…

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

Next Post

Solat Awal Waktu Untuk Maintain Solekan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd