• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Alasan Tak Lepaskan Pemain Ke Persiapan Sukan SEA

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin bahawa pengendali skuad Bawah-22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mempunyai masalah dalam mengumpulkan pemain untuk kem latihan persediaan ke Sukan SEA, bermula Ahad ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan bahawa, pasukan kelab dan persatuan tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melepaskan pemain masing-masing kerana Liga Malaysia (Liga-M) telah ditangguhkan sehingga awal September ini.

“Kali ini tiada alasan bagi pasukan untuk tidak melepaskan pemain kerana semua perlawanan liga telah diberhentikan sehingga aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept.

“Jadi semua pemain yang dipanggil perlu melaporkan diri kepada Kim Swee selepas aksi terakhir liga pada Sabtu ini. Beliau akan memanggil semua pemain yang difikirkannya terbaik, termasuk enam pemain yang tidak hadir sebelum ini atas faktor ada perlawanan liga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau latihan skuad futsal wanita Sukan SEA di Kompleks Sukan Panasonic di sini, hari ini.

Pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) telah bersetuju untuk menangguhkan jadual Liga-M pada bulan Ogos untuk memberi laluan kepada persiapan skuad kebangsaan ke Sukan SEA selepas bersetuju dengan permohonan FAM.

Menggulas mengenai cadangan mengurangkan jumlah pemain import di Liga-M, Hamidin berkata FAM akan melihat penilaian FMLLP mengenai cadangan itu selepas musim ini berakhir sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ia memerlukan kajian yang terperinci kerana ia mungkin boleh melemahkan tahap persaingan liga kita. Walaupun kita kurangkan kuota pemain import untuk pasukan Liga Perdana sahaja, tetapi apabila pasukan ini bermain menentang pasukan Liga Super pada aksi Piala FA atau Piala Malaysia, ia memberikan kesan kepada mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada memberikan cadangan untuk mengurangkan kuota import Liga Perdana dari 3+1 (tiga pemain import dan satu kuota Asian) kepada 2+1 dan mewajibkan lima pemain B-23 beraksi dalam setiap perlawanan.

Dalam pada itu, Hamidin yakin bahawa skuad futsal wanita negara mempunyai peluang cerah untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa pada Sukan SEA nanti selepas membuat persiapan rapi selama tiga bulan

Sementara itu, ketua jurulatih skuad itu, Muizzuddin Haris optimis bahawa sasaran pingat gangsa mampu dicapai oleh anak buahnya berdasarkan peningkatan ketara pasukan, yang kini lebih yakin di bahagian serangan dan mengawal bola.

“Kita akan menjalani kem bina semangat di Port Dickson, Negeri Sembilan dan akan mengadakan dua aksi persahabatan menentang China pada 12 dan 13 Ogos ini sebagai persiapan untuk Sukan SEA,” katanya.

Pencapaian terbaik skuad futsal wanita ialah meraih pingat gangsa di Naypyidaw pada edisi 2013, selain kedudukan tempat keempat pada Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminDatuk Ong Kim SweeSukan SEA 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Audit: Sukan SEA 2017 Lemah Pengurusan Perolehan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Penganjuran Temasya Kuala Lumpur 2017 secara keseluruhannya dilaksanakan dengan cemerlang, namun terdapat beberapa kelemahan berkaitan perancangan dan...

FAM Sedia Jadi ‘Orang Tengah’ Selesai Kemelut FAS

12/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menjadi pengantara kepada permasalahan yang melanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd