• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Darat Bina Empat Kem Baharu – Zulkiple

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia sedang membina empat kem baharu di Perak, Pahang dan Johor yang dijangka siap akhir tahun ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata kem berkenaan terletak di Hutan Melintang, Perak, Bera di Pahang serta Segamat dan Pagoh di Johor dengan pembinaannya dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM200 juta.

“Kesemua kem berkenaan dibina berlandaskan konsep bina pasang siap dan hanya memerlukan kawasan tanah lapang.

“Kem berkenaan akan memberi keselesaan kepada anggota dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya pada sidang berita pada sambutan Aidilfitri Tentera Darat 2017 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan isteri Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akhashah Khalil berkenan menghadiri majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkiple berkata kedudukan kem di lokasi-lokasi sedia ada didapati tidak lagi sesuai kerana berada di tengah-tengah kawasan pembangunan selain melibatkan kos penyelenggaran tinggi.

Pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 5,000 tetamu termasuk warga Tentera Darat, beliau turut memberi duit raya kepada 20 anak daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan 90 penuntut Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

Tags: Datuk Sri Zulkiple Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Mampu Hadapi Ancaman Nuklear, Biologi & Kimia

01/03/2017
0

PORT DICKSON - Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd