• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarif Elektrik Malaysia Antara Yang Terendah Di ASEAN

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tarif elektrik di Malaysia untuk segmen pengguna, kediaman, perindustrian dan komersil adalah antara yang terendah di rantau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) .

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan (Pembangunan Industri Elektrik dan Kawal Selia Pasaran) Suruhanjaya Tenaga (ST), Ir Azhar Omar berkata, segmen kediaman menikmati tarif paling rendah kerana ia menerima subsidi lintang daripada sektor perindustrian dan komersil.

Bagaimanapun di negara maju, tarif untuk sektor industri adalah rendah manakala untuk pengguna domestik pula tinggi.

“Ini kerana tidak seperti negara lain yang lebih cenderung ke arah penggunaan komersil manakala struktur tarif kita direka bentuk untuk tidak membeban tetapi untuk membantu rakyat,” katanya kepada Bernama Radio dalam satu temu bual baru-baru ini.

Temu bual itu yang bertajuk ‘Tarif Elektrik Kekal’ disiarkan pada jam 6.15 petang 11 Julai lalu melalui FM Radio 93.9 MHz dan melalui platform media sosial Facebook live.

Pada 2008 pengguna menerima rebat RM20 pada bil elektrik bulanan mereka dan kerajaan menyerap caj untuk pengguna yang bil utiliti bulanan mereka kurang daripada RM20.

Setakat ini kerajaan telah membelanjakan RM1.049 bilion dalam pemberian rebat tersebut, kata Azhar.

Menurutnya, bagi membantu golongan berpendapatan rendah, kerajaan juga memberi subsidi kepada pengguna dalam pelbagai cara selain rebat.

“Kos ini terus meningkat dan kita perlu berfikir bagaimana mendapatkan wang untuk membayar kepada mereka. Ketika ini dana itu diperoleh daripada pengeluar tenaga bebas yang telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan ST,” katanya.

Menurutnya, daripada RM1.8 bilion dalam penjimatan daripada rundingan semula, suruhanjaya itu sudah gunakan sehingga RM1.3 bilion.

“Tidak banyak yang tinggal. Oleh itu pada masa depan, kita mungkin mengenakan surcaj (jika harga bahan mentah terus meningkat atau dalam keadaan kadar pertukaran yang tidak menggalakkan) dan bukan lagi memberi rebat,” kata Azhar.

Menurut beliau, fungsi ST adalah untuk mengawal selia industri bekalan elektrik negara dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara, iaitu bekalan elektrik berdaya harap, kos yang munasabah dan selamat digunakan. – BERNAMA

Tags: ASEANtarif elektrik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Cari Waris Mayat Terapung Di Sungai Muar

Next Post

Empat Selamat, Rumah Ranap Dihempap Pokok

Related Posts

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

20/06/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan...

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

Next Post

Empat Selamat, Rumah Ranap Dihempap Pokok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd