• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: ‘Tak Sabar Nak Modify Proton Saga Aeroback Saya’

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG blogger automotif dari Britain baru-baru ini telah membeli sebuah Proton Saga Aeroback, edisi terawal kenderaan keluaran Malaysia sejak ia dilancarkan lewat 1980-an.

Lapor portal Malaysian Digest, Ian Seabrook sanggup membeli kenderaan berkuasa 1.5 liter itu dengan harga hanya 50 pound atau kira-kira RM280 menerusi sebuah laman jualan dalam talian.

Baca: Pemuda Turki Obses Dengan Kereta Keluaran Proton

Menerusi reviu Ian, dia mengatakan bahawa kereta tersebut sudah mempunyai banyak bahagian yang tidak dapat berfungsi ekoran usia kenderaan tersebut yang telah melebihi 25 tahun.

Ujarnya, kerja-kerja membaik pulih akan mengambil masa yang panjang dan Ian menyatakan tidak sabar untuk memulakan kerja-kerja ‘restoration‘ terhadap kenderaan terbabit.

“Kereta ini mempunyai bahagian bonet yang cantik. Saya suka akan bentuknya,” katanya melalui saluran Youtube beliau, ‘Hub Nut‘.

Menurut Ian lagi, kereta tersebut adalah kereta buatan Malaysia yang kedua berjaya dibelinya selepas membeli Perodua Kancil pada 2016 lalu.

Rata-ratanya netizen memberi gambaran gembira melihat warga asing itu berpuas hati malah sependapat dengan pandangan Ian terhadap kenderaan ‘retro’ tersebut.

Proton Saga Aeroback merupakan edisi ‘hatchback’ daripada model sedan di mana bonet belakangnya lebih pendek daripada model asalnya.

Dilancarkan pada 1985, ia merupakan hasil  kerja sama antara kerajaan Malaysia dengan Mitsubishi Motors Jepun dengan menggunakan platform Mitsubishi Mirage generasi pertama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mat salehProton saga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Proton Lancar Saga 2019, Bermula RM32,800 Seunit

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. (PROTON) melancarkan versi terkini Saga 2019 yang menampilkan ciri-ciri menarik dalam tiga varian pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd