TIDAK dapat menerima kematian datuknya, seorang pelakon yang popular menerusi laman YouTube, Stevie Ryan, 33, nekad mengambil nyawanya sendiri dengan membunuh diri.
Menurut pihak koroner, Stevie menamatkan riwayatnya di kediamannya di Los Angeles Sabtu lalu dengan mengantung diri.
Pelakon berusia 33 tahun ini merupakan bintang online yang popular dengan video parodi artis-artis popular antarabangsa selain mempunyai program online sendiri, Stevie TV di saluran muzik VH1.
Stevie dipercayai mengalami kemururangan yang teruk sejak datuknya meninggal dunia dua minggu lalu dan beberapa posting terakhirnya di laman Instagram turut ditujukan buat mendiang datuknya itu. – MYNEWSHUB.CC

