• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T.O.P Dihukum Penjara Akibat Ketagih Hisap Ganja

oleh
21/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN berimej baik, rapper utama salah satu kumpulan muzik boyband terkenal Korea Selatan, Big Bang semalam dikenakan hukuman penjara 10 bulan atas kesalahan hisap ganja.

Bagaimanapun hukuman ke atas T.O.P atau nama sebenarnya, Choi Seung-Hyun itu telah ditangguhkan, menurut laporan media tempatan

Penyanyi berusia 29 tahun itu dikatakan mengaku bersalah menghisap ganja melebihi sekali di kediamannya, Seoul sekitar Oktober pada tahun lalu.

Menurut media, hakim memberitahu, jenayah berhubung dengan dadah memerlukan hukuman yang tegar ekoran mampu memberi impak negatif terhadap masyarakat.

Namun, dia mengambil kira kekesalan rapper tersebut terhadap kelakuannya.

T.O.P malah meminta maaf kepada semua peminatnya atas kesilapan tindakan tersebut. Dia berkata ‘sangat menyesal menyebabkan masalah’ ketika berada di mahkamah.

Untuk maklumat, kesalahan hisap ganja di Korea Selatan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau didenda 50 juta won (kira-kira RM191,315).

Kini, T.O.P yang sedang menjalani latihan kerahan kebangsaan sebagai anggota polis sejak Februari lalu bakal dikenakan tindakan disiplin.

Ini termasuk sama ada dia masih boleh menyambung semula tugasannya atau langsung dilucutkan jawatan.

T.O.P, merupakan penyanyi, pelakon dan penerbit rakaman Korea Selatan. Dia juga terlibat dalam pelbagai drama dan filem antaranya I Am Sam (2007),  Iris (2009) dan Tazza: The Hidden Card (2014).

Sebelum terlibat bersama YG Entertainment, T.O.P merupakan penyanyi rap bawah tanah dengan nama Tempo, dan merupakan rakan karib G-Dragon, seorang lagi ahli Big Bang. – Agensi/MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: big bangT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

T.O.P Dalam ICU Selepas Ambil Dadah Berlebihan

06/06/2017
0

BARU sekejap tadi kami laporkan perkembangan ahli kumpulan Big Bang, T.O.P yang disingkirkan daripada perkhidmatan latihan ketenteraan akibat penyalahgunaan dadah jenis...

T.O.P Masih Mampu Senyum Walau Disingkir

07/06/2017
0

ANGGOTA kumpulan Big Bang, T.O.P telah disingkirkan daripada menjalani latihan khidmat ketenteraannya selepas mengaku terlibat dengan penggunaan dadah jenis marijuana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd