• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat IT Digesa Manfaatkan Dana MOSTI

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggesa syarikat teknologi maklumat di negara ini supaya memanfaatkan dana yang diperuntukkan melalui Smart Challenge Fund (SMART Fund).

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata kerajaan menyediakan dana itu untuk membantu syarikat mengemukakan idea inovatif atau menjalankan penyelidikan bagi membanteras serangan siber di negara ini.

Katanya, tujuan dana tersebut diwujudkan juga adalah untuk mendorong syarikat dan penyelidik memenuhi keperluan strategik yang dikenal pasti seperti penciptaan teknologi, proses dan produk baharu yang mampu menyelesaikan masalah negara, di samping mengenal pasti penyelesaian jangka panjang yang perlu dihasilkan.

“Kerajaan memandang serius isu keselamatan siber. Walaupun keselamatan siber kini terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara, tetapi MOSTI tetap menyediakan dana bagi membiayai penyelidikan keselamatan siber dan untuk tujuan inovasi.

“Melalui skim ini, kerajaan akan melabur dalam prapengkomersialan teknologi, proses dan produk yang bersifat amat inovatif serta boleh diterjemahkan menjadi hasil yang boleh dipasarkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta untuk manfaat masyarakat,” katanya kepada pemberita  selepas merasmikan  Open Web Application Security Project (OWASP) Malaysia Meetup 2017 di Auditorium Microsoft Malaysia di sini hari ini.

Abu Bakar berkata kesemua projek yang dicadangkan perlulah direka bentuk dengan kemas, sah dari segi sains dan berdaya saing dengan teknologi serta kerja penyelidikan sedia ada.

Kira-kira 80 pakar keselamatan siber dan teknologi maklumat menyertai OWASP  Malaysia Meetup untuk membincangkan isu semasa mengenai keselamatan siber.

OWASP adalah pertubuhan amal yang memberi fokus terhadap usaha menambah baik keselamatan perisian aplikasi di negara ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd