• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syafakallah: Ya Allah… Sembuhkanlah Saleem

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SALEEM legenda pop rock. Atau boleh sahaja dianggap Raja Rock Jiwang tanah air. Senarai 84 lagu nyanyian Saleem disenaraikan sebagai hits.

Saleem mencipta nama bersama Iklim pada 1990 melalui album Satu Kesan Abadi, terbitan Suria Records. Lagu Suci Dalam Debu meletakkan Saleem sebagai Artis Sepanjang Zaman yang tidak akan dilupakan industri muzik.

Saleem muncul bersama Iklim sehingga 1996. Pada 1998, Saleem muncul solo melalui album Juwita. Lagi itu meletup, membuktikan Saleem memang penyanyi tulen. Banyak suka-duka hidup penyanyi anak Terengganu ini.

Jeritan “Jom ke laut weiii” dalam lagu Blues Ganu Kita menjadikan Saleem akan dikenang sebagai anak jati negeri nelayan Pantai Timur dalam dunia seni.

Banyak kemelut dilalui Saleem. Tetapi itu warna-warni perjalanan anak manusia dalam kehidupan. Saleem manusia biasa; ada hitam putih dalam sejarahnya. Banyak kebaikan dilakukan Saleem.

Baca: Saleem Iklim Terlantar Di Hospital Sejak Raya Ke-3

Bukan sekadar menyanyi dengan suara serak syahdunya yang berjaya mengisi kemeriahan industri muzik. Malah, sebagai manusia biasa, Saleem memang seorang yang baik.

Ketika di puncak kejayaan, Saleem sayangkan peminatnya. Pasti ramai yang ada pengalaman mengejutkan selama menjadi peminat fanatik ketika menemuinya.

Saleem kalau jumpa peminat, terutama orang yang sanggup menunggunya di belakang pentas, atau merentas jauh menghadiri shownya, dia sangat menghargai.

“Ohhh… jauh mung mari notong ambe,” kata Saleem dengan loghat Ganu masih menebal. Waktu itu, ramai peminat fanatiknya menerima layanan yang amat baik.

Antaranya, dihulurkan wang makan atau belanja buat tambang pulang. Saleem akan menggagau kocek, memberikan apa yang ada. Saleem jenis yang sangat tersentuh dan anggap dirinya budak kampung yang bertuah kerana punya peminat.

Kini Saleem menanti untuk mereliskan lagu baharunya. Judulnya Karma Cinta.

Syafakallah. Moga Saleem segera sembuh dan kembali bersama peminatnya. Moga Saleem berpeluang ke Makkah, kerana itu yang diinginkan sejak kebelakangan ini.

Cepat sembuh Saleem. “Ambe tunggu nok ajok mung ngeteh di Kampung Baru….” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Saleem Iklim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saleem Penyanyi Unik, Sukar Dicari Ganti

14/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang...

Saleem Iklim Meninggal Dunia Selepas Sebulan Kemalangan

14/10/2018
0

PETALING JAYA - Penyanyi Saleem Iklim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 6 pagi Ahad....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd