• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA KL 2017 Kembali Selepas 16 tahun

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan Asia Tenggara 2017 (Sukan SEA), ke-29 kembali dengan hos KL 2017.

Sukan paling berprestij di Asia Tenggara akan berada di KL bermula 19 hingga 30 Ogos 2017.

KL 2017 penanda kali ke 6 Sukan SEA bermukim di negara ini setelah mencipta sejarah penganjuran 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Kembalinya KL 2017 genap 16 tahun selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan itu.

38 jenis sukan akan dipertandingkan dalam edisi ini membabitkan 36; 19 di Kuala Lumpur, 10 di Selangor, 3 di Putrajaya, dua di Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Terengganu dan Kedah.

Cogan kata KL 2017 ialah “Bangkit Bersama”. Ia dipilih sesuai dengan era di mana komuniti Asia Tenggara perlu bersatu membina rantau Asia Tenggara yang solid dan dinamik.

Setelah sekian lama Malaysia menempa nama di persada antarabangsa, KL 2017 menyeru rakyatnya untuk bersama mencipta sejarah. Asasnya ialah bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Ia juga menunjukkan bahawa dengan Sukan SEA KL 2017 menjadi temasya pertama Sukan Asia Tenggara diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2016.

Sukan akan memainkan peranan penting menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang berbekalkan semangat setiakawan yang jitu.

Logo KL 2017 berimejkan Wau Bulan, lambang kebangsaan Malaysia. Gabungan jalur warna-warni dikumpulkan berdasarkan panji-panji negara peserta Sukan SEA, lalu membentuk identiti KL 2017.

Ia dipilih melalui 174 penyertaan bagi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan tahun lalu. Wau bulan disifatkan sebagai gemalai, indah, kuat, melayang tinggi menuju angkasa dan melambangkan keunikan Sukan SEA menuju tinggi ke arah kecemerlangan.

Maskot rasmi pula, seekor Harimau Malaya beranimasi bernama Rimau. Ia dilancarkan pada 14 November 2015 berserta logo dan tema temasya sukan.

Rimau dipadankan melalui singkatan nilai-nilai teras temasya sukan, iaitu: Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity).

Imej ini disifatkan sebagai maruah atlet yang gagah perkasa, peramah, berdaya saing dan berjiwa atlet sebenar.

#laskarmalaya

-MYNEWSHUB.CC

Tags: Sukan SEA KL 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Meriahkan Final Malaysia-Thailand

30/08/2017
0

KECUNDANGNYA skuad Harimau Muda dengan pasukan Thailand masih lagi dirasai kekecewaan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Walaupun begitu, semangat juang...

“Terima Kasih Harimau Muda, Anda Aset Negara” – TMJ

30/08/2017
0

MALAYSIA terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mendapatkan 'ibu emas' pada final bola sepak Sukan SEA ke-29 (KL2017),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd