• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufian Risik ‘Selena Gomez’ Malaysia

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS digosipkan mempunyai hubungan cinta, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya membawa rombongan keluarga untuk merisik Elfira Loy, aktres yang digelar sebagai Selena Gomez Malaysia oleh majalah Vouge.

Sufian, 25, berkata keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya itu dibuat selepas mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis pagi tadi (Jumaat) hanya merisik sahaja bukan bertunang. Ia dihadiri keluarga saya dan Elfira sahaja.

“Ia perkara yang baik dan elok dipercepatkan terutama kedua-dua keluarga sudah merestuinya. Saya adalah orang yang sangat gembira apabila bersamanya,” ujar Sufian kepada mStar Online.

Sufian dan Elfira mulai rapat empat bulan lalu dan hubungan tersebut semakin serius apabila kedua-duanya menyambut hari jadi masing-masing dengan kejutan yang istimewa.

Sufian Risik 'Selena Gomez' Malaysia
Sufian (tujuh dari kanan) dan Elfira (empat dari kanan) bergambar bersama ahli keluarga masing-masing.

Pasangan ini turut berkongsi foto-foto pada majlis yang diadakan secara tertutup itu pada malam Jumaat.

Penyanyi lagu Terakhir ini memberi sebentuk cincin pada majlis yang diadakan di kediaman pelakon wanita itu di Cheras.

Pasangan ini turut menerima ucapan tahniah daripada peminat mereka. Malah ada juga yang memberi komen patah hati apabila mendapat tahu penyanyi dan pelakon kesayangan mereka bakal menamatkan zaman bujang.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang perancangan mendirikan rumah tangga, Sufian berkata, ia mungkin berlangsung pada tahun depan.

“Buat masa ini belum ada tarikh yang pasti, namun bukanlah dalam masa terdekat atau tahun ini.

“Insya-Allah kalau dilancarkan kemungkinan pada tahun depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, majalah fesyen antarabangsa Vogue mengeluarkan satu petikan mengenai diri Elfira dengan menggelarkan dia sebagai Selena Gomez Malaysia kerana bijak dalam berfesyen dan sentiasa bergaya.

Sufian Risik 'Selena Gomez' Malaysia
Majalah Vogue memilih Elfira kerana dia bijak berpenampilan dalam berfesyen.

Penampilan Elfira dikatakan menjadi bukti bahawa wanita berpakaian sopan pandai memilih gaya yang bersesuaian mengikut fesyen terkini.

Malah, setiap fesyen yang digayakan oleh Elfira di laman Instagramnya juga mendapat pujian.

Selain itu, Vogue juga menyukai pilihan hijab warna-warni yang telah diperagakan oleh Elfira menerusi laman Instagramnya.

Elfira antara selebriti Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut laman sosial tertinggi dengan angka 3.3 juta. – mStar Online

Tags: Elfira LoySufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elfira Loy Kongsi Nama, Wajah Anak

02/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd