• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sting & Songlines Kolaborasi Demi Pelarian Muda Islam

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKITAR lima juta pelarian Islam kini bertebaran di pelbagai negara Eropah sejak krisis perang saudara di Syria pada 2012.

Angka pelarian menyeberang lautan Mediteranean makin meningkat dengan kebanjiran mangsa kebuluran dari Afrika Timur dan Sub Sahara.

Syria, Iraq dan Afghanistan menyumbang angka pelarian tertinggi dari Asia berikutan masalah peperangan. Manakala pendatang Eritrea, Libya Somalia dan Habsyah melarikan diri kerana krisis kebuluran di Afrika.

Namun apa kaitan Sting dan Songlines dengan isu pelarian Islam?

Sting menyumbangkan semua jumlah wang yang dimenanginya pada Anugerah Muzik Polar di Sweden pada Songlines, NGO projek kemanusiaan berteraskan muzik khusus pada seniman muda.

Projek ini digerakkan belia Sweden bagi mencari bakat muzik daripada kalangan pelarian yang memohon suaka. Projek ini khusus kepada pemohon suaka yang tinggal di kem atau rumah pelarian sekitar Sweden.

Kata Sting yang popular bersama The Police melalui lagu Every Breath You Take serta senarai album solonya yang memecahkan jualan serta carta lagu, dana kemenangannya berjumlah RM506,987 itu adalah tanda menghargai usaha projek Songlines.

“Muzik adalah jambatan dan penting kita jadikan muzik sebagai alat menyatukan generasi muda,” kata bintang pop berusia 65 tahun.

Sting disenaraikan bersama Bono (U2) dan Bob Geldoff sebagai aktivis kemanusiaan yang kerap melancarkan kempen muzik bagi membantu mangsa kebuluran di seluruh dunia.

Kordinator Songlines, Julia Sandwall menyambut gembira sumbangan Sting dengan berkata: “Bahasa menjadi lebih mudah melalui muzik sekali pun dengan seorang rakan baharu.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sting & Songlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd