• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kesal Pulau Pinang Enggan Tandatangani IBR

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan keengganan Pulau Pinang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kerajaan negeri pembangkang itu sepatutnya menunjukkan kepada rakyat bahawa ia memandang serius isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Jangan hanya bercakap berdegar-degar mengenai isu rasuah dan salah guna kuasa, minta SPRM ambil tindakan dan pelbagai lagi, tetapi mereka sendiri tidak mahu nyatakan ikrar bahawa mereka sendiri ada komitmen serta keberanian untuk menyatakan mereka tolak dan benci rasuah.

“Jadi saya rasa peliklah kalau negeri-negeri lain boleh (tandatangan IBR), Kelantan dan Selangor juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan IBR tinggal satu negeri sahaja (yang enggan menandatangani IBR). Terpulanglah pada rakyat untuk menilai tentang isu ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM bersama masyarakat Cina Pulau Ketam di sini malam tadi.

​​​​​​​Rabu lepas, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

Kenyataan itu susulan kenyataan Dzulkifli pada Isnin lepas bahawa tiga kerajaan negeri di bawah pimpinan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan masih belum memberikan komitmen untuk menandatangani IBR.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata terpulang kepada kerajaan Pulau Pinang sama ada masih mahu ‘berdegil’ untuk tidak menandatangani IBR atau sebaliknya memandangkan ia bukan satu perkara yang wajib.

“Kita tidak boleh memaksa…jadi kita tunggu dan lihatlah. Jika kita lihat pada senario sekarang banyak juga laporan rasuah yang dilaporkan (di Pulau Pinang),” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Ketam, Dzulkifli berkata ia julung-julung kali dianjurkan agensi itu bagi membolehkan SPRM mendekati masyarakat Cina dengan lebih rapat.

Katanya, program itu juga bertujuan menyampaikan mesej bahawa SPRM sentiasa bersedia untuk membela nasib rakyat Malaysia termasuk kaum Cina memandangkan isu rasuah memberi kesan kepada semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sejak saya mula terajui SPRM saya tekankan SPRM kena mesra rakyat dan digeruni oleh perasuah. Melalui program-program seperti ini, kita nak masyarakat lihat SPRM mesra dengan mereka dan sedia membela nasib mereka dalam isu rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pulau PinangSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd