• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SMK Bukit Rahman Putra Jadi Sekolah Rintis PIMA

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra di sini dipilih sebagai sekolah rintis bagi Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkemahiran dan bersedia untuk menyertai pasaran kerja.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang merasmikan program itu di sini malam ini berkata PIMA adalah alternatif akses pelajar kepada Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti.

“Program PIMA ini dirangka selaras dengan Aspirasi Sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi diri masing-masing.

“Pelaksanaan PIMA ini juga dapat mempertingkatkan lagi pendidikan vokasional bagi menjayakan Transformasi Pendidikan TVET serta memberi sumbangan besar kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) enrolmen pendidikan vokasional,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata kementerian akan memperluaskan program ini secara menyeluruh di sekolah menengah harian pada masa akan datang.

“Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya dua buah sekolah di setiap Pejabat Pendidikan Daerah bagi Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak adalah mengikut kesesuaian untuk menyertai program ini pada tahun 2018,” katanya.

PIMA bertujuan melahirkan modal insan yang berkemahiran, yakin diri dan bersedia untuk menyertai pasaran kerja selaras dengan kecenderungan pelajar itu sendiri.

Ia juga bermatlamat mengatasi masalah keciciran dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah, menimbulkan minat belajar melalui pengalaman bekerja di industri dan memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan teori dan ilmu yang telah dipelajari di industri ke dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

Selaras dengan tujuan tersebut, beberapa pihak industri bekerjasama dengan pihak SMK Bukit Rahman Putra dengan menawarkan beberapa kursus untuk diikuti oleh pelajar Tingkatan 4 yang berminat seperti bidang terapi Spa, mekanik penyejukbekuan dan penyaman udara serta selenggara motosikal.

Antaranya ialah Daikin Malaysia Sdn Bhd, Sungai Buloh De Bali Spa, Emzie Textile Trading, Imarah Auto Sdn Bhd, Muthalib Auto Service, Noras Delights dan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd.

Mahdzir kemudiannya turut menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman antara sekolah tersebut dan pihak industri.

PIMA mengguna pakai mod latihan perantisan yang menetapkan 60 peratus masa pembelajaran di industri manakala 40 peratus pembelajaran akademik.

Pelajar yang mengikuti program ini akan berada di sekolah selama dua hari dan tiga hari di industri dan jangka masa pembelajaran adalah dalam tempoh dua tahun.

Mereka juga akan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (IMPAK), sijil perakuan latihan yang dikeluarkan pihak industri. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd