• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Kawalan Harga Aidilfitri: T’ganu Rekod 14 Kes

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merekodkan 14 kes kesalahan sepanjang operasi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 di negeri ini.

Pengarahnya Azlan Abdul Samat berkata daripada jumlah itu, Besut merekodkan kesalahan tertinggi dengan sembilan kes diikuti empat di Dungun dan satu kes di Kuala Terengganu.

“Kesalahan yang dilakukan ialah tidak meletak tanda harga dan kesemua mereka dikenakan kompaun serta-merta RM100 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Kompaun terpaksa dikenakan terhadap mereka kerana walaupun telah diberi nasihat, mereka masih mengulangi kesalahan sama,” katanya kepada pemberita di sini.

Sepanjang skim kawalan harga itu berlangsung, KPDNKK Terengganu telah membuat pemeriksaan di 58 premis pemborong dan 830 premis peruncit di seluruh negeri.

Azlan berkata secara keseluruhannya, peniaga dan pemborong mematuhi semua harga yang ditetapkan kerajaan dalam skim kawalan baru-baru ini.

“Apabila harga di peringkat pemborong terkawal, secara tidak langsung peniaga dapat menawarkan harga yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya hanya menerima satu aduan mengenai jualan di Bazar Ramadan iaitu nasi beriani di Kemaman yang dijual agak mahal. – BERNAMA

Tags: Kawalan HargaKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Kawalan Harga Sempena Krismas Mulai 23 – 27 Dis

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP)...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd