Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Hebat Chong Wei, Menang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee...

13 Kes Baharu Covid-19,...

JANGKITAN baharu Covid-19 dalam negara merekodkan 13 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

Hafizal Ahmad: Saya Hilang...

PENGULAS sukan Astro, Hafizal Ahmad menyifatkan kehilangan pengulas sukan tersohor negara, Datuk Hasbullah...

TMJ Beri Sumbangan Kepada...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan memberikan sumbangan kepada...

Tak Mahu Majlis Nampak Sarat, Saleha Tolak Tajaan

BAKAL berkahwin hujung bulan ini, pelakon Siti Saleha berkata dia tidak mahu majlisnya nanti terlalu ‘sarat’ dengan tajaan.

Mempunyai alasan sendiri untuk tidak mencari mahupun menerima mana-mana tajaan daripada pihak luar yang berbaik hati, Saleha berkata dia amat puas merancang majlis perkahwinannya dengan hasil titik peluh sendiri.

Baca: Kahwin Tahun Ini, Saleha Rancak Urus Persiapan

“Saya sendiri tidak mencari dan menawarkan kepada mana-mana pihak untuk menaja. Setakat ini perbelanjaan besar semuanya hasil duit poket saya dan keluarga. Andai ada pun yang sudi menaja hanya membabitkan perkara yang kecil,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.

Berkongsi pula mengenai persiapan hari bahagianya, Saleha, 27, memberitahu setakat ini sudah banyak persiapan sudah selesai.

Mana tidaknya, bersungguh-sungguh betul Saleha mahu memastikan majlisnya nanti berjalan dengan lancar kerana awal-awal lagi dia telah ‘ambil cuti’ daripada tawaran lakonan semata-mata mahu tumpukan perhatian sepenuhnya pada majlis bahagianya itu nanti.

Juga: Mahu Kahwin, Siti Saleha Tolak Tawaran Lakonan

Malah abangnya, Sam Bunkface juga turut dijadualkan membuat persembahan di majlis raja seharinya kelak.


Sebelum ini, Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan dengan majlis yang bertemakan tradisional dan moden.

Bagaimanapun lokasi majlis berkenaan masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga kini. – MYNEWHSUB.CC

Kategori