• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Kini Bergelar Pembaca Berita RTM?

oleh
05/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH pengguna media sosial tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan beralih arah kepada bidang baharu pula iaitu sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen.

Rupa-rupanya ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Normazalina Mohd. Nor, yang menjadi penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM.

Ramai malahan mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan wanita itu mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita jam 8 malam menjadi tular menerusi laman sosial sejak minggu lalu.

Normazalina, 33, atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia bahkan terkejut apabila menerima komen dan reaksi ramai netizen tempatan yang menegur wajahnya memang seakan-akan penyanyi tersohor tersebut.

“Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini jadi viral (tular) dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza. Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja.

“Maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti (nama mesra Siti Nurhaliza), itu yang nampak seiras,” ujarnya kepada mStar Online.

Siti Kini Bergelar Pembaca Berita RTM?

Tambah Normazalina, perkara tersebut mula menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi itu baru-baru ini. Namun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.

“Perkara ini pada awalnya hanya mencetuskan minat daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza sendiri yang mungkin teruja menganggap wajah kami berdua sebagai seiras setelah saya muncul membaca berita.

“Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM,” ujarnya yang turut terkejut apabila ramai menyangka dia ialah kembar Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Normazalina berkata, dia hanya memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 sebelum diberi peluang untuk membaca pelbagai slot berita di RTM pada 2010 lalu.

Kemudian, dia berhenti bekerja daripada agensi media awam tersebut untuk berkhidmat pula sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bermula pada 2013.

“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu,” ujarnya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: RTMsiti nurhaliza
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd