• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Kes Pelajar Tahfiz Diteruskan

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis akan meneruskan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaadafi, April lalu, selagi belum mendapat kata putus daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob berkata keputusan untuk menutup kes berkenaan bergantung kepada saranan pihak pendakwaan.

“Sekarang kita sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mendapatkan nasihat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatannya di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes tersebut masih berjalan.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham memaklumkan hasil keputusan bedah siasat mendapati kematian kanak-kanak berusia 11 tahun itu disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

“Kematian mangsa dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil keputusan bedah siasat itu akan dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Mohamad Thaqif meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera didakwa didera seorang pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, dekat sini.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Dalam pada itu, Azman, bekas Ketua Polis Daerah Muar, mengambil alih tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor daripada Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan/Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. – BERNAMA

Tags: SAC Azman Ayob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azman Ganti Kamarul Sebagai Ketua JSJ Johor

11/07/2017
0

JOHOR BAHRU – Bekas Ketua Polis Daerah Muar, SAC Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd