• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan FIC: Pengarah Syarikat Direman Enam Hari

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, lelaki berumur 57 tahun itu tiba pada kira-kira 10.40 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dengan tangannya digari.

Sumber SPRM yang dipetik Bernama semalam berkata pengarah syarikat itu yang juga merupakan pemilik hotel tersebut ditahan di pejabat SPRM Kuching pada 1.30 tengah hari semalam.

Dia adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan SPRM semalam bagi membantu siasatan kes tersebut dengan dua lagi lelaki ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pada 9 pagi selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Kedua-duanya yang berumur 47 dan 51 tahun merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel berkenaan, yang disyaki telah dibeli dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. – BERNAMA

Tags: FIC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Felda Saman Isa Samad, 19 Yang Lain Isu Tanah Jalan Semarak

15/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Mohd Isa...

Isa, Zaid Beli Hartanah Felda, FIC Atas Nama Sendiri

10/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Kajian audit forensik yang dijalankan oleh pengurusan baharu Felda mendapati pembelian hartanah Felda dan sayap pelaburannya, Felda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd