Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Bicara Kes Saman Anwar-Khairy...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan dua hari bermula 7 Mei...

Tanah Runtuh: J/K Khas...

GEORGETOWN - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kerajaan Pulau Pinang untuk menyiasat punca kejadian...

Ibu Lahir Anak Dalam...

INDIA – Seorang wanita nyaris kehilangan bayinya selepas dia tidak sedarkan diri setelah melahirkan...

Obor KL 2017 Sabah,...

RANAU - Selepas diarak di Labuan, obor Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sempena...

Senggara Segera Tembok Kompleks Yang Terjejas

KUANTAN – Dinding Kompleks Teruntum di tingkat empat di sini yang runtuh  semalam akibat tangki airnya pecah perlu disenggara secepat mungkin, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Datuk Ir Abdul Jalil Mohamed hari ini.

Beliau berkata saranan itu diajukan kepada pihak pengurusan bagi mengelakkan insiden runtuhan lain berlaku yang berisiko membahayakan keselamatan orang awam yang berkunjung ke premis perniagaan di kompleks itu.

Katanya, antara tindakan pertama yang perlu dilakukan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ialah merobohkan keseluruhan bahagian dinding yang pecah itu.

“PKNP juga perlu mengambil langkah segera melantik kontraktor atau konsultan pembinaan bagi membaiki tangki berkapasiti 36,000 gelen itu.

“Tempoh baik pulih dan keluasan dinding yang perlu dipecahkan bergantung kepada hasil siasatan yang masih dijalankan PKNP,” katanya kepada pemberita di sini.


Dalam insiden pada pukul 1 petang itu semalam, empat orang cedera ringan dan tiga kereta serta 10 motosikal rosak.

Abdul Jalil menjelaskan, “Kompleks Teruntum sudah menjangkau usia 30 tahun. Insiden ini melibatkan keadaan tangki yang sudah uzur dan tempoh tidak diselenggara lebih 10 tahun.

“Dengan kapasiti yang besar dan tekanan tinggi, ia berkemungkinan menjadi faktor tangki berkenaan pecah,” katanya. – BERNAMA

Kategori