• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Dengan Ayah Baik-Baik Sahaja” – Anak Saleem

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada penyanyi Saleem memberitahu hubungannya dengan Saleem baik dan tidak seperti yang dikatakan dalam satu video temubual media yang viral sebelum ini.

Dalam video tersebut, Saleem berkata terdapat perselisihan faham yang membuatkan dia masih terasa dengan anak lelakinya itu.

Walau bagaimanapun, Syafiq meminta agar semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan sehingga boleh merosakkan hubungan mereka sebagai anak-beranak.

“Saya dengan ayah baik-baik sahaja. Apa orang luar nak cakap tentang kami, cakap lah. Saya tidak kisah tentang itu.

“Saya maafkan orang yang buat fitnah tentang saya dah keluarga kerana mereka tidak mengenali kami. Tapi, kalau nak hina atau kutuk biarlah saya sahaja. Jangan hina bapa saya,” katanya kepada mStar Oline.

Enggan mengulas tentang video yang tersebar, Syafiq berkata dia telah berjumpa dengan ayahnya dia hospital baru-baru ini dan hubungan mereka sudah bertambah baik.

“Saya ada berjumpa dengan ayah di hospital dan dia beri nasihat agar saya fokus jika saya mahu menjadi penyanyi,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak mahu lagi menggunakan nama Syafiq Saleem tetapi akan menggunakan namanya sendiri, Syafiq Farhain tetapi tidak boleh lari jika ada yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi kumpulan Iklim itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: iklimNursyafiq FarhainSaleem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Honduras Negara Di Dunia Paling Teruk Terjejas Akibat Perubahan Iklim

18/12/2018
0

TEGUCIGALPA - Banjir besar memaksa lapangan terbang Roatan di Honduras ditutup dan kejadian itu disifatkan bencana paling buruk pernah melanda...

Sejak Popular, Syafiq Jumpa Balik Kawan Lama

09/03/2018
0

NAMA Syafiq Farhain pernah hangat seketika pada tahun lalu ekoran kontroversinya bersama dengan bapa, Saleem Iklim kerana dikatakan telah meniru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd