• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akui Gambar Seksi Itu Memang Saya” – Balkisyh

oleh
30/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktres sebuah drama bersiri komedi terkenal di stesen televisyen tempatan, TV3 sehingga mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, Mynewshub berjaya menemu bual sendiri tuan empunya gambar itu secara eksklusif, demi untuk mendapatkan pencerahan sebenar berikutan isu tular gambar tersebut.

Ketika dihubungi, Balkisyh Semundur Khan berkata, gambar yang digembar-gemburkan itu bahkan rasanya tidak memberi sebarang kesan pun berikutan tiada siapa yang memadamnya.

Malahan, dia mengakui kalau taip nama aktres popular drama Mak Cun itu sahaja, secara langsung gambar seksi yang keterlaluan itu mesti akan sentiasa keluar menerusi laman Internet.

Dia menyatakan gambar tersebut diambil pada tahun 2002 oleh seorang jurugambar ketika di Singapura dan dipercayai disebarkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu tersebut.

“Saya akui itu gambar saya. Tapi saya rasa tak ada effect (kesan) apa-apa. Sebab tak ada orang delete (padam) gambar itu pun daripada Internet. Taip nama saya sentiasa keluar je.

“Gambar tu tahun 2002, saya buat Levis kat Singapore. Lepas tu photographer tu tidak bertanggungjawab dia bawa balik Malaysia dan dia sebarkan gambar tu,” luah Balkisyh.

Tambahnya lagi, gambar seksi tersebut juga pernah menjadi isu suatu masa dahulu dan dia hampir hendak menyaman jurugambar tersebut tetapi gagal.

"Taip Nama Saya Sentiasa Keluar Je"- Balkish

“Memang saya pernah nak saman photographer tapi dia hilang. Lepas tu dia pula bukan orang individu company.

“Dia macam kerja part time yang buat part time photoshoot kat luar lepas tu dah tak boleh cari dia,” menurut Balkisyh.

Dia turut berkata, pada dasarnya isu gambar tersebut tidak perlu sebenarnya dibangkitkan semula kerana jika diperhatikan pada gambar tersebut, netizen sendiri boleh tahu itu memang gambar lama.

“Kalau tengok pun boleh beza berapa puluh tahun punya gambar. Mungkin orang tengok, orang pun tahu dah sebab tu orang ignore, orang buat tak reti,” ujarnya.

Balkisyh merupakan seorang pelakon tanah air yang tidak asing lagi namanya dalam pentas lakonan. Dia pernah membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20.

Jadi, kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, sila hentikanlah penyebaran gambar keterlaluan ini sebab tiada isu pun yang boleh dibangkitkan semula sebenarnya.

Jangan sesuka hati nak tutup periuk nasi seseorang ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: balkisyh semundurSeksi
Share212Tweet132SendShare

Related Posts

Wanita Berpakaian Tak Senonoh Dihalau Keluar Pesawat

14/03/2019
0

GARA-GARA berpakaian tidak senonoh, seorang wanita diberi amaran supaya menutup pakaiannya yang mendedahkan atau tidak dibenarkan menaiki pesawat Thomas Cook....

MP ‘Seksi’ Ketika Angkat Sumpah Terima Ugutan Rogol

11/02/2019
0

BRAZIL - Seorang Ahli Parlimen Brazil menerima ugutan rogol selepas memakai pakaian yang menampakkan 'lurah' di dadanya. Ana Paula da...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd