Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Singapura Catat Rekod 50...

SINGAPURA - Atlit Singapura mencipta sejarah baharu dalam tempoh dua dekad apabila kontinjen...

Anak Najib Mohon Maaf,...

KUALA LUMPUR: "I'm sorry daddy...." (Maafkan saya daddy)Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian luahan anak perempuan kepada...

Dipenjara 80 Tahun &...

KUALA LUMPUR - Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110...

Gambar Separuh Bogel Menyerupai...

GEORGETOWN - Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran...

Sasaran 500,000 Anggota Friends Of KPDNKK

DUNGUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan pendaftaran seramai 500,000 anggota Friends of KPDNKK (FOK) sebelum akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini terdapat lebih 200,000 anggota berdaftar FOK di seluruh negara dan proses pendaftaran masih berjalan.

“Kita mahu lebih ramai pengguna menjadi anggota FOK untuk menjadi mata dan telinga kerajaan, menjadi platform terbaik untuk memperjuangkan hak pengguna dan melihat apa lagi polisi kerajaan yang kita boleh bantu dan beri pandangan ketika ini.

“Saya pohon sangat supaya ramai jadi anggota FOK, bukan untuk saya, bukan untuk kementerian tapi untuk kita bersama sebagai pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan FOK peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Terengganu adalah negeri pertama yang melancarkan FOK dan merupakan negeri teramai memiliki anggota FOK iaitu lebih 20,000 orang setakat ini.

Hamzah berkata banyak faedah dan insentif yang akan dinikmati anggota FOK melalui kad khas yang mereka peroleh iaitu diskaun pembelian di lebih 400 premis termasuk peruncitan, automotif, kedai makan dan minum, salun kecantikan serta penginapan dan pelancongan.


“Contohnya, mulai 31 Ogos ini, anggota FOK akan mendapat diskaun lima peratus di mana-mana kedai mamak yang mereka kunjungi.

“Antara sebahagian kuasa anggota FOK juga ialah melihat mana-mana premis perniagaan yang menjual pelbagai barangan dengan harga patut untuk disenaraikan sebagai Kedai Harga Patut yang mesra pengguna,” katanya.

Selain itu, KPDNKK juga menyasarkan peningkatan jumlah rakan dagang untuk kad diskaun 1Malaysia kepada 10,000 premis pada akhir tahun ini berbanding 400 premis ketika ini. – BERNAMA

Kategori