• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tak Setuju Rancangan Agih Cukai Pelancongan

oleh AK-47
01/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan semalaman bagi setiap bilik kepada kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana keputusan tersebut berbeza dengan aturan sebelumnya.

Menurut beliau kerajaan Sarawak dijangka mengemukakan satu memorandum bersama kerajaan Sabah untuk mengadakan rundingan dengan Kuala Lumpur mengenai isu cukai itu dan meminta pemberita menyemak dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak  Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tentang perkara berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat dengan pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pendidikan Khas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching,  di sini hari ini.

Rabu lepas, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semasa menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) berkata cukai pelancongan akan hanya dikenakan terhadap pelancong asing yang tinggal di semua jenis premis penginapan pada kadar RM10 sebilik semalaman dan kementerian berkenaan merancang untuk memulangkan RM1 bagi setiap RM10 cukai yang dikutip itu kepada kerajaan negeri bagi tujuan memajukan pelancongan.

Bagaimanapun, awal bulan lepas, beberapa portal berita melaporkan bahawa Nazri berkata Sabah dan Sarawak akan menjadi penerima terbesar cukai pelancongan kerana “wang itu akan diagihkan secara sama rata mengikut wilayah (Semenanjung, Sabah dan Sarawak), bukan mengikut negeri kerana sekiranya Perlis mendapat jumlah yang sama dengan Sarawak, maka ia tidak adil”. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengumuman 5 Skim Veteran ATM Bukti Penghargaan

Next Post

Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd