• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Isytihar 5 Kampung Di Serian Dijangkiti Rabies

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menjelaskan bahawa kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.

Beliau berkata pasukan pemberi vaksin telah dihantar ke ‘ground zero’ di zon yang dijangkiti penyakit itu hari ini, dan mereka juga akan mengunjungi kawasan lain.

“Bagi memastikan kejayaan operasi pemberian vaksin ini, kami memohon kerjasama penuh daripada semua pemilik anjing peliharaan supaya memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin dengan secepat mungkin,” kata Uggah selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga kanak-kanak di Daerah Serian dijangkiti rabies seperti yang diumumkan Hospital Umum Sarawak pada 22 Jun. Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia hari ini. Mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.

Menjawab soalan pemberita, Uggah berkata pihak berkuasa belum menentukan punca sebenar penularan wabak itu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengkaji perkara berkenaan.

Menurutnya, radius sekitar 10km ditetapkan kerana kebiasaannya, anjing yang dijangkiti penyakit itu hanya dapat bertahan selama tiga hingga sembilan hari sebelum mati, dan apabila dijangkiti, pergerakan anjing berkenaan juga adalah terbatas.

Beliau seterusnya meminta orang ramai di kawasan terbabit supaya sentiasa berwaspada terhadap gigitan anjing atau kucing peliharaan, dan segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda jangkitan.

Beliau berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, polis, tentera, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah, klinik haiwan, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) serta pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan bagi mengawal dan membanteras penyakit itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Douglas Uggah EmbasVirus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Komuniti Pantau Projek Elak Kerja Kurang Bermutu

08/10/2018
0

BETONG – Pemimpin komuniti kini boleh memantau rapi pelaksanaan projek pembangunan kerajaan di kawasan mereka bagi mengelak kerja kurang bermutu,...

15 Pam Api Mudah Alih Bantu Cegah Kebakaran Peringkat Awal

23/03/2018
0

KUCHING – Lima belas Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di Sarawak hari ini masing-masing menerima sebuah enjin pam api mudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd