Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

DAP Cuba Pecah Undi...

SHAH ALAM – Pas Selangor disarankan agar mengerahkan jentera pilihan rayanya untuk mendekati...

PM Lepas Pesawat Misi...

SUBANG - Datuk Seri Najib Razak melepaskan sebuah pesawat A400M Tentera Udara Diraja...

PRU14: PAS Tanding 23...

MELAKA - PAS bakal bertanding di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan...

Azmin Dakwa PN Mampu...

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di...

Sarawak Bina Empangan Trusan – Ketua Menteri

KUCHING – Kerajaan negeri telah memutuskan untuk meneruskan usaha membina empangan Trusan, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata melalui penubuhan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) yang akan memberi tumpuan kepada tanah tinggi termasuk Lawas dan Limbang yang menjadi platform bagi pertanian moden dari segi buah-buahan dan juga komoditi lain, pasti aktiviti ekonomi memerlukan bekalan tenaga elektrik.

“Dan Sarawak Energy Berhad (SEB) saya pasti akan membekalkan tenaga yang perlu apabila kita mentransformasi kawasan luar bandar. Di kawasan-kawasan tertentu, kita telah mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan Empangan Trusan, kita akan membina Empangan Trusan di Lawas untuk membekalkan tenaga.

“Ini bermakna, SEB akan diminta untuk membangunkan Empangan Trusan Dam yang pasti akan membekalkan tenaga elektrik dan air,” kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya SEB di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Sharbini Suhaili.


Sementara itu, Hamed berkata SEB telah menjalankan kajian awal mengenai Empangan Trusan kira-kira tiga empat tahun yang lalu.

“Ketua Menteri baru sahaja kembali dari Brunei  selepas berbincang dengan Sultan Brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) dan mereka agak berminat dengan Empangan Trusan Dam, jadi sekarang kita perlu menyemak semula projek itu.

“Kita (SEB) menggunakan diesel di Lawas dan Limbang, setiap tahun kita kerugian kira-kira RM100 juta…dengan membangunkan Empangan Trusan, kosnya akan menurun, penjimatan (RM100 juta) sudah cukup tetapi oleh kerana Brunei mahukannya, ia cukup baik untuk kita,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori