• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sani Express Bertindak Tegas Aksi Tular Pemandu Biadab

oleh
21/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sani Express Sdn. Bhd. tidak ‘beri muka’ kepada pemandu bas syarikat itu yang memandu secara bahaya sehingga boleh ancam nyawa penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mejar (B) Abu Bakar Mohammad berkata, pihaknya juga bakal mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu bas yang didapati memandu secara berbahaya pada 18 Julai lalu.

Ia susulan rakaman video aksi pemandu biadab berkenaan ketika berada di Jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran Kampung Guntong Luar, pada Selasa lalu sehingga menjadi tular menerusi media sosial.

“Syarikat Sani Express sudah pun mengambil maklum dan perhatian serius terhadap kejadian ini. Tindakan tegas kepada pemandu yang terlibat turut akan diambil sebaik sahaja siasatan dijalankan dalam tempoh 24 jam.

“Pihak syarikat tidak akan kompromi dengan mana-mana pemandu yang dengan sengaja melanggar peraturan dan tidak menghormati keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi satu kenyataan.

Baca: “Saya Nak Pulang Ke Rumah, Bukan Ke Rahmatullah”

Beliau merujuk satu video memaparkan tindakan pemandu sebuah bas ekspres yang memandu secara melulu memotong beberapa buah lagi kenderaan lain tular diperkatakan penguna media sosial baru-baru ini.

Pemandu itu didakwa memotong kenderaan lain di garisan berkembar sebelum himpit empat kenderaan termasuk dua dari arah bertentangan sehinggakan mereka terpaksa elak ke tepi bagi menyelamatkan nyawa masing-masing.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, walaupun telah diberikan latihan, arahan, peringatan, makluman dan sebagainya, ada segelintir pemandu yang masih ingkar serta gagal mengikut garis panduan yang ditetapkan syarikat.

“Dalam kes seperti ini, kami terpaksa mengambil tindakan lebih drastik termasuk menamatkan tugas mereka. Sani Express malahan mengalu-alukan sebarang aduan orang ramai terhadap salah laku pemandu.

“In termasuk dengan menghubungi terus talian aduan khas, 019-268 5050 atau 03-3344 4542, yang beroperasi selama 24 jam sehari,” kata Abu Bakar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sani Express
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd