Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Peragut Berputih Mata, Diberkas...

KOTA TINGGI - Seorang pemuda terpaksa berputih mata apabila berjaya ditahan orang ramai...

Mekanisme Bantuan Modal Mula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan merancang untuk menyediakan bantuan modal memulakan semula perniagaan kepada...

‘Penang Cun’ Slogan Sektor...

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan 'Penang Cun' sebagai slogan...

12,000 Syarikat Dalam Talian...

ARAU - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjangka sebanyak 12,000 perniagaan dalam talian didaftarkan...

Sambutan Aidilfitri Paparan Budaya Rakyat Malaysia

PADANG RENGAS – Sambutan Aidilfitri yang diadakan di negara ini merupakan satu daripada cara memaparkan budaya rakyat Malaysia kepada pelancong dari luar negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata di samping itu sambutan meriah setiap tahun juga mampu mengukuhkan keharmonian hubungan antara pelbagai kaum di negara ini sekali gus menjamin kesejahteraan dan keamanan.

“Kita bertuah kerana negara kini aman dan terima kasih kepada kerajaan, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memastikan supaya negara ini berada dalam keadaan aman, damai dan sejahtera.

“Semasa bergembira kita jangan lupa ada rakan kita di beberapa negara yang tidak dapat merasakan kemeriahan Aidilfitri kerana peperangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Padang Rengas di Dewan Millenium Lubuk Merbau di sini malam tadi.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri sambutan berkenaan dan pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah yang enak.


Selain itu, Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata Perak mempunyai keistimewaan dan keindahan alam semula jadi yang tidak ternilai.

Beliau berkata negeri itu dijangka menerima kedatangan pelancong domestik mencecah 10 juta orang sempena Tahun Melawat Perak tahun ini.

“Saya yakin dan percaya sasaran ini dapat direalisasikan dengan adanya tarikan terbaru seperti Movie Animation Park Studios (MAPS), selain alam semula jadi yang memukau termasuk Pulau Pangkor, Hutan Royal Belum, Gua Tempurung dan Lenggong,“ katanya. – BERNAMA

Kategori