• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutan Aidilfitri Paparan Budaya Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Sambutan Aidilfitri yang diadakan di negara ini merupakan satu daripada cara memaparkan budaya rakyat Malaysia kepada pelancong dari luar negara, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata di samping itu sambutan meriah setiap tahun juga mampu mengukuhkan keharmonian hubungan antara pelbagai kaum di negara ini sekali gus menjamin kesejahteraan dan keamanan.

“Kita bertuah kerana negara kini aman dan terima kasih kepada kerajaan, polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memastikan supaya negara ini berada dalam keadaan aman, damai dan sejahtera.

“Semasa bergembira kita jangan lupa ada rakan kita di beberapa negara yang tidak dapat merasakan kemeriahan Aidilfitri kerana peperangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Padang Rengas di Dewan Millenium Lubuk Merbau di sini malam tadi.

Kira-kira 3,000 orang menghadiri sambutan berkenaan dan pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah yang enak.

Selain itu, Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata Perak mempunyai keistimewaan dan keindahan alam semula jadi yang tidak ternilai.

Beliau berkata negeri itu dijangka menerima kedatangan pelancong domestik mencecah 10 juta orang sempena Tahun Melawat Perak tahun ini.

“Saya yakin dan percaya sasaran ini dapat direalisasikan dengan adanya tarikan terbaru seperti Movie Animation Park Studios (MAPS), selain alam semula jadi yang memukau termasuk Pulau Pangkor, Hutan Royal Belum, Gua Tempurung dan Lenggong,“ katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Azizsambutan aidilfitri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banduan Dibenarkan Keluar Penjara Untuk Suntik Botox

Next Post

Pelajar Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Dungun

Related Posts

Lebih 4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Perak Sempena Aidilfitri

26/04/2022
0

IPOH: Kerajaan negeri menjangkakan lebih 4 juta kenderaan akan memasuki Perak melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara menjelang sambutan Aidilfitri...

Tiada ‘Lockdown’ Pada Aidilfitri – PM

11/02/2022
0

TANGKAK: Kerajaan sekali lagi memberi jaminan untuk tidak melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan rentas daerah serta negeri...

Next Post

Pelajar Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Dungun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd