• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbuka Unik Masyarakat Kampar

oleh
13/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Masyarakat Kampar 1Malaysia yang bakal diadakan di Dataran Parit dekat sini pada Sabtu ini dijangka menerima kedata­ngan lebih 2,000 tetamu.

Jurucakap penganjur Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, majlis yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 3 petang itu dianjurkan oleh penduduk Kampung Baru, Parit dan Ikatan Kamparputra Malaysia (Ikmal).

“Objektif utama majlis ini ialah kita mahu mengukuhkan silaturahim antara masyarakat tempatan Kampar yang telah bertebaran di negara ini sekali gus dapat mengenal semula susur galur keluarga mereka sendiri.

“Pelbagai acara diatur seperti pameran mengenai tokoh masyarakat Kampar yang terkenal di negara ini antaranya Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Sagor dan penyanyi legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad,” katanya.

Tambah Akmar Hisham, selain jamuan Aidilfitri, tetamu boleh mengikut program derma darah, rawatan pergigian dan perubatan percuma, acara sukaneka, bacaan tahlil, pertandingan memanjat pokok pinang dan mini fun fair.

Menurut Akmar Hisham, pada majlis itu mereka akan mempamerkan maklumat mengenai Sultan Perak yang pertama, Sultan Muzaffar Shah 1 yang didatangkan dari Kampar, Sumatera untuk menjadi Sultan.

Presiden Ikmal, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Guntur dijangka hadir pada majlis itu. Maklumat lanjut mengenai majlis itu boleh didapati di www.facebook.com/groups/IKMALMALAYSIA.⁠⁠⁠⁠ – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Akmar Hisham MokhlesKampar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahniah Kepada Rakyat Iraq Atas Pembebasan Mosul

Next Post

Banduan Insaf, Sebak Beraya Di Balik Tirai Besi

Related Posts

Kepulangan Qobin Penjelajah Grand Slam Negara Meriah!

07/01/2018
0

SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini penuh dibanjiri ramai orang menyambut kepulangan penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin...

Sejuk Melampau, Qobin Hadapi Sedikit Kesukaran

29/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dilaporkan telah semakin menghampiri separuh penjelajahan dalam misi berski menuju ke...

Next Post

Banduan Insaf, Sebak Beraya Di Balik Tirai Besi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd