• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbakar Ketika Pergi Kenduri Tahlil

oleh Ahmad Albab
01/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang wanita warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami bersama anak perempuannya musnah dalam kebakaran di Kampung Lubuk Bedil di sini malam tadi.

Wan Pah Awang Kechik, 66, berkata sewaktu kejadian beliau dan anaknya Siti Zaleha Yusof, 25, menghadiri majlis tahlil di rumah sepupunya yang terletak di seberang jalan.

“Kebakaran lebih kurang 8.50 malam disedari adik saya Tirah (49) yang tinggal tidak jauh dari rumah saya. Dia datang panggil saya untuk pulang, namun api sudah marak sewaktu saya sampai di rumah saya.

“Dokumen penting termasuklah kad pengenalan serta sedikit wang simpanan saya tidak sempat diselamatkan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata rumah pusaka itu dibina arwah suaminya lebih 40 tahun lalu dan beliau kini akan menumpang rumah kakaknya yang terletak berhampiran.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Belantik, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata bantuan segera berupa wang tunai, bekalan makanan dan kelengkapan tidur telah disampaikan kepada mangsa.

“Malah sebuah rumah baharu dengan kos RM43,000 akan turut dibina untuk Wan Pah hasil usahasama pelbagai agensi termasuklah Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik, Pejabat Zakat Daerah Sik, Pejabat Daerah Sik dan Pejabat Penghulu Daerah Sik.

“Kerja-kerja meratakan tapak dijangka akan dilakukan sebelum Hari Raya Aidiladha ini diikuti kerja-kerja pembinaan sebuah rumah dilengkapi dengan tiga bilik dan satu bilik air,” katanya.

Beliau berkata Pegawai JKM Daerah Sik, Yahya Mat Khatib turut memaklumkan JKM telah meluluskan pemberian Bantuan Orang Tua RM300 sebulan kepada Wan Pah selain bantuan pemulihan bencana RM7,000 dan khidmat kaunseling. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd