• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rokok Seludup Guna Laluan Udara RM1.08 Juta Dirampas

oleh Ahmad Albab
31/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG –  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,145,000 batang rokok melalui jalan udara melibatkan anggaran cukai  RM1.08 juta pada Jumaat lepas.

Rokok pelbagai jenama yang tiba melalui penerbangan kargo dari Phnom Penh, Kemboja itu dirampas pada 10.30 malam di depan Pos Malaysia International Hub di sini semasa cuba dibawa keluar menggunakan sebuah lori yang dipandu seorang warga tempatan berumur 49 tahun.

Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Kastam Datuk Zulkifli Yahya berkata pemeriksaan lanjut ke atas lori dan pemandu yang telah membuat pengikraran di Bahagian Pemeriksaan Kargo Import itu mendapati dokumen yang dibawa oleh suspek adalah berlainan daripada dagangan yang dibawa.

Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata barangan tersebut telah diikrar  sebagai konsol dan alamat yang digunakan adalah palsu.

“Modus operandi sindiket tersebut ialah membawa dokumen yang berlainan daripada dagangan yang dibawa setelah melakukan pengikraran dengan kastam,”katanya.

Zulkifli berkata siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan dua lagi lelaki warga tempatan berumur  38 dan 43 tahun yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan rokok terbabit.

Beliau percaya sindiket itu cuba menggunakan laluan udara sebagai taktik baharu menyeludup rokok selepas kegiatan mereka melalui jalan darat dan laut sering digagalkan pihak berkuasa.

Zulkifli berkata rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar kastam  setakat ini pada tahun ini, khususnya berkaitan cubaan menyeludup rokok melalui laluan udara.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai barangan yang disita atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, katanya. – BERNAMA

Tags: KastamRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd