Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Lepas Isu Tajaan Baju,...

SIAPA sangka hanya kerana isu tidak mendapat tajaan busana bagi konsert Gegar Vaganza...

Pastikan Felda Ditadbir Dengan...

PUTRAJAYA - Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berikrar memastikan perjalanan dan pentadbiran agensi itu...

ABM Nafi Dakwaan Bank...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) telah menafikan dakwaan oleh portal media...

Suami Cedera Dipukul Isteri...

BUKIT MERTAJAM - Seorang mekanik luka dan lebam di muka, mulut serta dagu...

RISDA Hasilkan Makanan Ternakan Sumber Pendapatan

DUNGUN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat miliknya, RISDA Estates Durian Mas di sini, berjaya menghasilkan makanan haiwan ternakan sebanyak lima tan metrik sehari sejak Mei lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan kilang berkenaan merupakan pendekatan RISDA Estates mendapatkan sumber pendapatan terbaharu untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pekebun kecil.

“Kewujudan kilang ini akan meningkatkan industri makanan ternakan di Malaysia sekali gus memudahkan golongan penternak di Terengganu mendapatkan makanan ternakan pada harga yang kompetitif.

“Hasil pengeluaran kilang ini mampu menampung keperluan dalaman mereka dan ia akan diperbesarkan secara berperingkat-peringkat agar produk itu mampu dijual kepada pihak luar,” katanya selepas merasmikan kilang makanan ternakan di Durian Mas hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Datuk Din Adam.

Ismail Sabri berkata, kilang makanan ternakan yang dilengkapi mesin berteknologi tinggi itu mampu menghasilkan 130 tan metrik makanan ternakan sebulan.

Beliau juga menyambut baik usaha RISDA Terengganu memulakan projek penanaman buah tin sebagai projek baharu yang mampu meningkatkan sumber pendapatan pekebun kecil di negeri ini.

“Saya dimaklumkan harga satu kilogram buah tin mentah ialah RM80. Satu pokok pula boleh mengeluarkan lapan kilogram buah tin segar.


“Jika projek perintis ini berjaya, ia boleh diperluaskan kepada pekebun kecil kerana selain projek menternak kelulut, tanaman sampingan lain atau ternakan ayam kecil-kecilan, penanaman buah tin juga mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil di negara ini,” katanya.

Pada majlis sama juga, beliau turut merasmikan kilang sawit RISDA Estates Durian Mas yang mampu mengeluarkan 40,000 tan metrik minyak sawit mentah setahun.

Kilang itu beroperasi pada 1982, namun mula diurus sepenuhnya oleh RISDA Estates pada 2006 dengan keuntungan terkumpul RM19 juta melalui perniagaan melibatkan pemprosesan buah kelapa sawit, jualan minyak sawit mentah dan isirong.

Menteri itu berkata, kilang sawit RISDA Durian Mas dibina dengan tujuan menjana pendapatan melalui kerja-kerja pemprosesan buah tandan sawit yang dikeluarkan ladang RISDA dan pembekal dari luar Terengganu.

“RISDA Estates juga bertanggungjawab menguruskan tiga kilang sawit milik RISDA, iaitu di Durian Mas, di Keratong, Pahang dan di Sungai Ambat, Johor.

“Selain itu RISDA Estates menguruskan 24 ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,590.05 hektar yang meliputi 35,127.29 hektar ladang sawit matang dan 4,229.24 hektar ladang sawit muda serta 309.43 hektar ladang getah muda,” katanya. – BERNAMA

Kategori