• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahman Dahlan Jumpa Timbalan SU Agung PBB

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuat kunjungan hormat kepada Timbalan Setiaausah Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amina J. Mohammed di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Abdul Rahman Dahlan dalam pertemuan itu berbincang mengenai pencapaian Malaysia dan menekankan unsur kepelbagaian sebagai kekuatan teras negara Malaysia dan dengan sebab itu, Malaysia mempunyai segala asas yang diperlukan untuk pelaksanaan sasaran Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“Saya berasa sangat bersyukur kerana SDG begitu selari dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) kita,” kata Abdul Rahman kepada media selepas perjumpaan tersebut.

Abdul Rahman Dahlan juga menyatakan bahawa sejak Malaysia merdeka, kerajaan telah membuat keputusan untuk melabur di dalam sektor pendidikan demi kemajuan negara.

Beliau juga memaklumkan kepada Timbalan Setiausaha Agung PBB bahawa Malaysia sentiasa menekankan pendidikan walaupun negara-negara lain mengutamakan aspek lain.

Kata beliau, Malaysia membelanjakan kira-kira 21 peratus daripada perbelanjaan kerajaan untuk tujuan pendidikan dan ia antara perbelanjaan yang tertinggi berbanding negara-negara lain.

Abdul Rahman juga menjelaskan kepada Timbalan Setiausaha Agung PBB bahawa Malaysia telah mengambil langkah untuk mempelbagaikan ekonominya yang sebelum ini sangat bergantung kepada sektor minyak dan gas untuk penjanaan pendapatan.

“Sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2009, sebanyak 41 peratus hasil kerajaan persekutuan diperolehi daripada pendapatan minyak dan gas.

“Pada hari ini, peratusan ini telah dikurangkan kepada 14 peratus. Ini kerana Perdana Menteri telah mengenal pasti keperluan untuk mempelbagaikan ekonomi negara dengan menuju ke arah industri yang berunsurkan perkhidmatan seperti automasi dan pendidikan,” katanya.

Sebelum perbincangan tersebut berakhir, Abdul Rahman membangkitkan satu isu yang sedang hadapi oleh Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU) iaitu sebuah resolusi yang dikemukakan baru-baru ini mempersoalkan tentang kemampanan dalam penghasilan minyak kelapa sawit yang menjejaskan jutaan rakyat Malaysia secara langsung dan tidak langsung.

Kesatuan Eropah (EU) di dalam resolusi tersebut menyatakan hasrat untuk mengenakan penalti dan mengurangkan import dari Malaysia.

“Saya percaya dalam keadaan sebegini, kita akan terus berkerjasama dengan EU dan PBB kerana minyak kelapa sawit adalah mampan dan dengan resolusi tersebut ia akan hanya menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia khususnya yang datang dari kawasan luar bandar,” jelas Abdul Rahman. – Mynewshub.cc

Tags: Abdul Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

APM Terima Enam Lagi Amphibious Sealegs

Next Post

Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan: 7 Saranan Untuk Kerajaan

17/03/2020
0

Salam. Beberapa cadangan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kita dalam Kabinet: 1. Benarkan pengusaha kimia untuk...

Hapus GST Punca Dasar Ekonomi PH Jadi Kalut

28/08/2018
0

BONGKAR... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan diayah jahat kerajaan Pakatan...

Next Post

Skuad B-22 Negara Mudah Baham Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd