• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rabies: Tiada Kes Terbaru Dilaporkan – Subramaniam

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang laporan baharu kes penyakit anjing gila atau rabies di negara ini dan keadaan adalah terkawal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kes di Melaka baru-baru ini juga disahkan tiada jangkitan penyakit itu setelah kanak-kanak enam tahun yang dirawat di Hospital Melaka kerana mempunyai simptom rabies telah dibenarkan pulang dan ujian yang dijalankan juga adalah negatif.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan MIC Bahagian Kota Melaka di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata kementerian bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar terus melakukan pemeriksaan terhadap anjing liar, anjing yang dipelihara dan kucing bagi mengawal penularan penyakit itu.

“Kementerian tidak terlibat secara langsung dalam pemberian vaksin kepada haiwan dan itu di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar…mereka mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tersendiri dalam memberi vaksin kepada binatang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata kerajaan pusat telah menyalurkan bantuan sebanyak RM500,000 bagi membina dewan untuk kegunaan masyarakat India di Melaka.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MIC Bahagian Kota Melaka kerana mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti kursus latihan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi orang ramai khususnya suri rumah.

“Aktiviti itu bukan hanya mampu menambah pendapatan isi rumah tetapi turut sama membantu mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat.

“Usaha ini adalah satu daripada perkara yang terdapat dalam ‘Blue print’ masyarakat India untuk membangunkan usahawan kecil secara lebih luas dalam usaha membasmi kemiskinan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamKes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd