• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar Dijangka Berdepan Sekatan Tambahan

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Qatar dijangka bakal berdepan dengan ‘sekatan tambahan’ berikutan keengganan negara itu memenuhi 13 tuntutan yang dikemukakan empat negara Arab sebelum ini, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Menerusi kenyataan media bersama, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain – menyuarakan rasa kesal mereka berhubung keengganan Doha memenuhi tuntutan yang dikemukakan, termasuk gesaan menutup saluran televisyen Al-Jazeera.

Empat negara Arab tersebut akan mengadakan mesyuarat tergempar di Manama, Bahrain, dalam masa terdekat bagi membincangkan krisis yang berlarutan susulan perkembangan terbaharu itu.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed al-Jubeir, ketika memberi reaksi segera berhubung perkara itu berkata sekatan ekonomi dan politik yang dikenakan terhadap Qatar sejak sebulan lalu, tidak akan ditamatkan.

Beliau turut memberi amaran beberapa tindakan susulan akan dikenakan terhadap Qatar ‘pada masa yang bersesuaian’.

Sementara itu, Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khalid bin Ahmed bin Mohammed Al Khalifa pula menegaskan tindakan penggantungan keanggotaan Qatar dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) akan hanya diputuskan oleh GCC tanpa sebarang campurtangan pihak luar, serta membayangkan perkara itu mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Empat negara Arab tersebut dan Yemen bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lalu setelah mendakwa Doha ‘menyokong kumpulan pengganas dan campur tangan dalam hal ehwal dalaman mereka’.

Langkah itu kemudiannya diikuti Mauritania, manakala Jordan menarik balik wakil diplomatik mereka di Qatar.

Arab Saudi turut menutup pintu sempadannya dengan Qatar, sekaligus menjadikan negara kecil di rantau Teluk itu terasing.

Doha, bagaimanapun tetap berkeras menafikan dakwaan mereka menyokong keganasan dan menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap mereka sebagai ‘tidak wajar’.

Qatar diberikan senarai 13 tuntutan yang perlu dipenuhi sekiranya mahu sekatan ditarik balik.

Negara-negara berkenaan memberi tempoh selama 10 hari, yang berakhir semalam, kepada Doha untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammad bin Abdulrahman Al Thani dilaporkan berkata Qatar telah memberi respon terhadap tuntutan yang dikemukakan, selaras dengan ‘prinsip kedaulatan negara dan undang-undang antarabangsa’. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

Kemakmuran Negara Bukan Hanya Bergantung Kepada Angka Belanjawan Yang Besar – Abdul Hadi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan kemakmuran sebenar sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada angka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd