• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar, AS Kekal Kerjasama Erat Perangi Keganasan

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Laporan Jabatan Keganasan Amerika Syarikat (AS) 2016, mendapati Qatar dan AS kekal bekerjasama erat dalam usaha memerangi keganasan.

Kedua-dua negara juga dilihat terus mengukuhkan hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa berhubung  penguatkuasaan dan pengawasan undang-undang, lapor agensi berita Qatar  (QNA).

Selain itu, pelbagai agensi dari AS aktif mengadakan dialog yang produktif dengan Qatar serta menilai dan bertukar maklumat berkaitan keganasan.

Laporan turut mendedahkan mengenai penglibatan Qatar sebagai rakan kongsi dan anggota aktif dalam Gabungan Untuk Menewaskan Daesh serta memberi sokongan penting bagi memudahkan operasi ketenteraan AS di rantau berkenaan.

Di bawah perihal undang-undang, penguatkuasaan dan keselamatan sempadan, Qatar turut mewujudkan Undang-Undang Pencegahan Jenayah Siber yang digubal pada 2014, bertujuan membanteras kesalahan siber berkaitan keganasan.

Jelas laporan itu lagi, Qatar turut menyokong perikatan Islam yang dipimpin Arab Saudi untuk memerangi keganasan dan bersetuju mengambil bahagian dalam latihan serantau.

Beberapa undang-undang lain berkaitan keganasan turut digubal Qatar pada 2004, 2010 dan 2014.

Qatar juga komited menyertai dan menganjurkan acara di bawah Forum Memerangi Keganasan Global dan membiayai  Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah. – BERNAMA

Tags: keganasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

UNSC Tuntut Myanmar Hentikan Keganasan

22/12/2022
1

NEW YORK : Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akhirnya menerima pakai resolusi pertamanya mengenai Myanmar dalam tempoh 74 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd