• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: UMNO Perlis Tolak Calon Payung Terjun

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – UMNO Perlis menolak keras-kerasnya kehadiran calon payung terjun yang ditonjolkan pada saat akhir untuk mewakili parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau menyifatkan pemilihan calon payung terjun tidak adil bagi pemimpin-pemimpin sedia ada yang telah bekerja kuat mempertahankan parti dan mereka pula akan dianggap lekeh oleh rakyat.

“Saya tegaskan bahawa Perlis ‘haramkan’ calon payung terjun. Kita tidak mahu calon yang hanya tunjuk muka pada saat hampir PRU14. Kita sengsara membuat kerja tetapi orang lain datang dan ambil alih. Macam mana nak menang.

“Kita mahu calon yang berupaya menangkan parti, bukan menjadi bebanan. Ramai pandai kritik tetapi tidak buat kerja,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada jamuan Hari Raya Aidilfitri Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat UMNO di Kubang Gajah di sini, hari ini.

Beliau meminta mereka yang berminat menjadi calon mesti rajin dan kuat bekerja untuk parti, diperkenalkan lebih awal untuk dtonjolkan dan mereka juga mesti menghormati pemimpin senior.

“Saya menyasarkan kita menang 100 peratus dengan mempertahankan  ketiga-tiga kerusi Parlimen dan merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pembangkang pada PRU13, di samping mempertahankan 13 kerusi yang disandang,” katanya.

Mengenai serangan pembangkang terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, beliau berkata setiap pemimpin UMNO harus mampu menangkis setiap serangan dan tidak boleh mendiamkan diri.

“Apabila orang menyerang presiden kita bermakna mereka menyerang parti. Ini bukan hal peribadi lagi. Ini bermakna kita kena tangkis dan jawab apabila Najib diserang. Hanya orang yang tidak reti bahasa sahaja tidak faham hal peribadi dan parti,” katanya.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) satu-satunya parti yang mempunyai kekuatan untuk memerintah dan membangunkan  negara ini dibandingkan dengan pembangkang yang seperti ‘cacamarba’ dan tidak tersusun.

Menyentuh calon wanita, Shahidan berkata UMNO Perlis bersedia memberi peluang kepada lebih ramai wanita namun keputusan terserah kepada presiden parti dan kehendak Allah SWT. –  BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Cabul Gadis Bawah Umur

12/11/2018
0

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini,...

Peguam Beri Jaminan Shahidan Hadir Ke Mahkamah Kangar, Esok

11/11/2018
0

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan hadir ke Mahkamah Kangar di sini, esok,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd