• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat Dibuka 2019

oleh Ahmad Albab
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dapat memendekkan masa perjalanan ke utara tanah air, kini sudah 35 peratus siap dan dijangka dibuka untuk laluan trafik pada awal 2019.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ismail Md Salleh berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer dan dibangunkan sejak 2014 itu, dibahagikan kepada 11 fasa dan berjalan lancar mengikut jadual.

“Laluan di fasa 4 projek berkenaan iaitu dari Jalan Persekutuan ke Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru dan fasa 8 dari Hutan Melintang ke Teluk Intan antara yang dijadual siap dan dibuka pada awal 2019,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata baki laluan melibatkan fasa lain juga dijangka siap sepenuhnya pada 2019, kecuali melibatkan fasa 7B iaitu 10km terakhir di Tanjung Karang serta fasa 11 membabitkan sambungan ke Changkat Jering/Taiping.

“Bagaimanapun kita akan cuba untuk membuka setiap laluan yang telah siap kelak secara berperingkat,” katanya.

Ismail berkata projek pembinaan lebuh raya itu menelan belanja RM5.04 bilion, dengan RM980 juta adalah kos pengambilan tanah, dikendalikan oleh syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd.

“Projek ini bakal menjadi laluan alternatif terbaik untuk pengguna jalan raya mengelakkan kesesakan terutama pada musim perayaan,” katanya .

Beliau berkata bila siap sepenuhnya lebuh raya ini juga akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan persisiran pantai barat. – BERNAMA

Tags: Lebuh Raya Pesisiran Pantai BaratLLM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bilik Kucing Peliharaan Keluarga Ahmad Zahid Terbakar

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

22/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama mengalami pergerakan perlahan setakat jam 5 petang ini....

LLM Kenal Pasti 63 Lokasi Hab Pengecasan Pantas EV

LLM Kenal Pasti 63 Lokasi Hab Pengecasan Pantas EV

17/02/2023
0

MELAKA : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenal pasti 63 lokasi hab pengecas pantas kenderaan elektrik (EV) DC di kawasan Rehat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd