• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Karbon Skim Pencen Pemimpin PAS

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Adakah pimpinan kerajaan PAS Kelantan sekarang telah mengagak mereka akan kalah?” kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa.

Ia berikutan klausa 24(f) yang terkandung dalam perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Climate Protectors untuk perdagangan karbon sejuta ekar hutan Kelantan.

Kata beliau, klausa 24 (f) menetapkan perjanjian kerajaan negeri dengan Climate Protectors tidak boleh diubah walaupun berlaku perubahan parti yang memerintah negeri itu.

Katanya, beliau jarang menemui klausa seperti itu yang memberi gambaran pimpinan kerajaan PAS Kelantan telah mengagak mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14

“Kerajaan akan tumbang dan kerajaan baru akan terbentuk? Mereka mahu mempastikan apa yang telah mereka susun tidak boleh digugat? Apa tujuan?

“Climate Protectors pun berfikiran sama? Kerajaan Pas mungkin tumbang tetapi kepentingan kelulusan sejuta ekar mesti diteruskan untuk 30 tahun, ditambah 30 tahun secara otomatik, menjadi 60 tahun.

“Mungkinkah bagi orang politik, ini skim ‘pencen’ mereka? 45 peratus untung bersih bahagian syarikat adalah meliputi ‘pencen’ orang politik?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam pada 3 Julai lalu Husam mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal (HSK) untuk projek dagangan kredit karbon kepada sebuah syarikat yang beroperasi secara haram.

Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini dilaporkan menjadi peneraju dagangan kredit karbon di Malaysia dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal.

Husam berkata, sehingga ini, tiada penjelasan tentang asas pembahagian untung bersih 55:45 dengan semua perbelanjaan operasi dibiayai dari hasil dan syarikat itu mendapat hampir sama bahagian dengan kerajaan.

“Kerajaan memberikan kawasan hutan sejuta ekar sedangkan syarikat nampaknya tidak mengeluarkan apa-apa. Kenapa 55:45? Tidakkah ia begitu besar bagi syarikat? Kenapa tidak bahagian yg lebih besar kepada kerajaan?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Husam Musa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tiada Hasrat Sekat Aplikasi Telegram

Next Post

Kertas Siasatan Kes Tahanan Lolos Hampir Siap

Related Posts

Janji Manifesto Belum Ditunaikan Bukan Penipuan

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Mana-mana janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang belum...

Tiada Gunanya Politik Dendam – Mahfuz Omar

02/06/2018
0

PETALING JAYA - Pekeliling larangan memasuki istana yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan terhadap dua pemimpin parti Amanah Negara (Amanah) sejak...

Next Post

Kertas Siasatan Kes Tahanan Lolos Hampir Siap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd