• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden ICRC Bincang Penularan Wabak Taun

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Peter Maurer, tiba di Yaman bagi mengadakan lawatan, susulan wabak taun yang kini merebak dan semakin membimbangkan di negara itu.

Yaman sebelum ini tidak pernah dilanda wabak taun namun pakar ICRC meramalkan kes disyaki taun meningkat sehingga dua kali ganda menjelang akhir tahun ini dengan 600,000 kes atau satu kes dalam setiap 45 penduduk.

Menurut kenyataan ICRC, dalam jadual lawatan lima hari ke negara itu, Maurer akan melawat Aden, Taiz dan Sana’a selain bertemu dengan petugas kesihatan.

“Wabak taun adalah satu bencana kemanusiaan disebabkan perbuatan manusia dan boleh dicegah. Ia berlaku akibat kehancuran atau kemusnahan infrastruktur awam kesan daripada konflik.

“Saya berpendapat penderitaan yang sepatutnya tidak berlaku ini amat menyakitkan. Dunia dilihat sedang menuju ke arah tragedi,” kata Maurer.

Kemusnahan sistem kumbahan dan pusat rawatan air menjurus kepada penyebaran wabak taun yang lebih cepat.

Lebih menyukarkan lagi, apabila kurang daripada 45 peratus kemudahan perubatan negara itu yang beroperasi dan selebihnya sebahagian sahaja berfungsi, ia sekaligus tidak dapat memberikan kemudahan rawatan  secara menyeluruh, kata ICRC.

“Kematian boleh dicegah, jika pihak bertelagah mengurangkan sekatan bagi membolehkan bekalan ubat-ubatan, makanan dan bekalan penting dihantar,” kata Maurer.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 keluarga hadir ke ICRC setiap minggu untuk melaporkan kematian anggota keluarga mereka akibat taun.

Justeru, beliau menyeru pihak bertelagah memberikan peluang kepada penduduk yang ditahan berhubung konflik bagi menerima rawatan segera.

Lebih tiga juta penduduk melarikan diri sejak konflik tercetus manakala lebih 20 juta lagi  memerlukan bantuan kemanusiaan.

ICRC berkata, kehadiran pertubuhan itu di Yaman adalah untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada sekurang-kurangnya empat juta penduduk di Sana’a, Saada, Aden, Taiz, Hodeida dan wilayah lain. – BERNAMA

Tags: Wabak Taun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

Angka Kematian Taun Malawi Melepasi 1,000

25/01/2023
0

LILONGWE: Kementerian Kesihatan Malawi semalam melaporkan wabak taun di negara berkenaan telah membunuh lebih 1,000 orang ketika negara itu kehabisan...

Tiada Laporan Diterima Wabak Penyakit Bawaan Air

12/11/2017
0

BALIK PULAU - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang masih belum menerima laporan berkenaan wabak penyakit bawaan air susulan kejadian banjir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd