• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Tahan Tujuh Dalam Op Gelora Khas

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan Op Gelora Khas yang dijalankan di kawasan hutan pesisir Pantai Kelapa Mawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, di sini malam tadi.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang bermula pada 9.30 malam itu telah menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang berusia antara 22 dan 49 tahun.

“Serbuan dilakukan oleh anggota bot ronda RH 32 dan PSC 48 dibantu Anggota Op Landai PPM Pengerang di kawasan hutan pesisir Pantai Ladang Kelapa Mawar. Dua daripada tujuh lelaki yang ditahan dipercayai bertindak sebagai tekong darat berdasarkan intipan dan pergerakan mereka.

“Dua lelaki itu juga mengaku secara lisan menguruskan pergerakan PATI sehingga bot pancung merapat ke pantai. Kesemua mereka mengaku dalam perjalanan mahu pulang ke Indonesia dengan menggunakan bot pancung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan dan keluar masuk melalui pintu yang tidak diwartakan.

Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan penyeludupan migran. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: ACP Paul Khiu Khon ChiangOp Gelora Khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPM Muar Rampas Bubu Kambam Haram Di Batu Pahat

09/01/2018
0

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas tujuh bubu kambam tanpa lesen dalam Op Gelora di kawasan laut...

Langgar Syarat Lesen: 6 Bot Nelayan Ditahan

21/08/2017
0

JOHOR BAHRU – Enam bot nelayan tempatan ditahan di perairan timur Johor, semalam, kerana didapati menangkap ikan di kawasan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd