• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politeknik Ubah Isi Kursus Selari Revolusi Industri 4.0

oleh AK-47
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Semua politeknik diminta mengubah kandungan kursus yang ditawarkan kepada pelajar bagi memastikan ia mampu memenuhi kehendak pasaran Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata politeknik sedia ada perlu mewujudkan kursus yang mementingkan robot automasi dan analisis data raya dalam pelaksanaan tugas pada masa hadapan.

Idris berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Siswa Senario Industri Masa Depan Malaysia bersempena program Karnival Sains dan Teknologi (KaSTek) yang dihadiri lebih 1,500 pelajar politeknik seluruh Malaysia di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang di sini, hari ini.

Pada  majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Kolaborasi Industri (CoC) PSAS kepada lebih 40 industri di seluruh Malaysia serta merasmikan bilik Teaching Enable Colabrative Classroom (TECC) yang berkonsepkan pembelajaran digital.

Kolaborasi industri itu adalah untuk membentuk jalinan hubungan antara industri dengan PSAS yang mencakupi bidang kurikulum, latihan, pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kebolehpasaran graduan pokiteknik berkenaan.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Dalam sidang media kemudiannya, Idris berkata negara luar kini semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan universiti di Malaysia terutama dalam bidang penyelidikan berikutan peningkatan kedudukan ranking universiti negara.

Katanya terbaharu, University of Cambridge dan Newton Fund, sebuah organisasi penyelidikan terkemuka dari United Kingdom, menyatakan minat untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dengan memberi ruang kepada pensyarah-pensyarah di negara ini membuat penyelidikan bersama mereka.

“Banyak negara telah melihat Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dunia dan mengiktiraf peningkatan kualiti serta sistem pendidikan tinggi negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd