Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Perginya… Seorang Ilmuwan, Tokoh...

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak kedua daripada sembilan adik-beradik dilahirkan pada 10...

PAS Dalam Proses Untuk...

KOTA BHARU - PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan...

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

Sultan Selangor Murka, PKR...

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat...

Polis Tahan Lima Lelaki, Disyaki Pengedar Pil Khayal

KOTA BHARU – Polis menahan lima lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas 964 biji pil kuda bernilai RM9,640 dalam Ops Tapis di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik berkata kesemua suspek yang berumur di antara 21 dan 33 tahun itu ditahan Selasa lepas dalam serbuan di Pengkalan Chepa dan Kampung Tapang, Panji di sini.

Dalam serbuan pertama pada 6.45 petang, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di Pengkalan Chepa dan pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemui 364 biji pil kuda, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ismail berkata susulan maklumat daripada serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berumur 24 tahun bersama 600 biji pil kuda ketika suspek menunggang motosikal di Jalan Kampung Tapang, Panji, pukul 9.30 malam.


Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil risikan serta maklumat daripada orang ramai dan dadah itu dipercayai untuk pasaran di daerah ini. – BERNAMA

Kategori