• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Imigresen Thailand Pasang Mesin Pasport

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Imigresen Thailand akan memasang sistem pemeriksaan pasport automatik di pintu masuk negara ini bagi menambah baik sistem penyampaiannya dan mencegah perbuatan rasuah dalam kalangan pegawainya.

Keputusan itu diambil susulan lawatan Pesuruhjayanya Lt. Jen. Natthathorn Proussunthorn ke Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam, Malaysia, semalam.

“Polis Imigresen merancang menggunakan sistem pemeriksaan pasport automatik bagi menambah baik urusan imigresen dan mencegah amalan rasuah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau melakukan lawatan ke pusat itu berikutan aduan pelawat Malaysia dalam media Thailand baru-baru ini bahawa mereka perlu menyelit wang RM2 dalam pasport masing-masing sebagai sagu hati atau “duit kopi” untuk pegawai imigresen memproses kemasukan mereka.

Semasa lawatan itu, Natthathorn juga mengadakan perjumpaan dengan para pegawai sempadan Malaysia yang bertugas di Pusat Pemeriksaan Imigresen Bukit Kayu Hitam dan bermesyuarat untuk melancarkan urusan di pusat pemeriksaan kedua-dua negara.

Menurut media tempatan, enam pegawai imigresen Thailand dipindahkan daripada bertugas di Sadao berikutan aduan mengenai “duit kopi”. – BERNAMA

Tags: Mesin Pasport
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd