• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pishgaman Mahu Pertahan 3 Gelaran 2017

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional benua dari Iran, Pishgaman akan tampil pada penganjuran Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) dengan sasaran mempertahankan tiga gelaran yang dimenangi pada edisi lepas.

Mereka nekad mahu mempertahankan gelaran juara  individu, raja bukit dan berpasukan keseluruhan pada perlumbaan yang dijadual bermula pada 3 hingga 7 Okt ini.

Pishgaman adalah antara 20 pasukan yang mengesahkan penyertaan bagi perlumbaan edisi ke-53 berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) Asia Tour, bersama-sama sebuah lagi pasukan dari Iran, Tabriz Shahrdary.

Ketua Pegawai Eksekutif penganjur kejohanan, Life Pro Fit Sdn Bhd Noraidiazhar Sulaiman berkata penyertaan kali ini melibatkan 11 pasukan bertaraf profesional, tujuh pasukan tempatan dan dua pasukan kebangsaan yang bakal merebut lima jersi yang menjadi taruhan.

“Dengan kehadiran juara bertahan pasukan Pishgaman, saya jangkakan persaingan akan tetap sengit kerana pasukan lain pasti mahu membuktikan sesuatu dan menyekat dominasi pasukan itu pada edisi kali ini.

“Malah peminat tempatan juga berharap dua pasukan benua negara dapat menenggelamkan cabaran pasukan Pishgaman dam Tabriz Shahrdary yang diakui begitu handal di laluan berbukit,”katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selain dua pasukan dari Iran, jelajah kali ini turut dihangatkan dengan penyertaan KFC Cycling Team dari Indonesia, Infinite AIS Cycling Team (Singapura), Aisan Racing Team (Jepun), Thailand Continental Cycling (Thailand), 7 Eleven Roadbike (Filipina), KSPO Bianchi (Korea Selatan), satu pasukan kelab CCN Cycling dari Laos dan pasukan kebangsaan Brunei.

Malaysia akan diwakili dua pasukan profesional benua negara iaitu Terengganu Cycling Team (TSG) dan Sapura Cycling Team, satu pasukan kebangsaan dan tujuh pasukan tempatan iaitu PDRM-G, ATM, Selangor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Katanya, pasukan yang diterima menyertai perlumbaan kali ini juga masih belum menyenaraikan barisan pelumba masing-masing walaupun Pishgaman dijangka menurunkan pemenang jersi kuning keseluruhan Arvin Moazemi Gourdarzi dan raja bukit Amir Kolahdozhagh.

Mengulas lanjut mengenai kejohanan itu, Noraidiazhar berkata pasukan teknikal Jelajah Malaysia 2017 kini sedang memuktamadkan lokasi permulaan, penamat dan laluan  bagi menyeimbangkan perebutan jersi kelabu (pelumba muda terbaik), polka dot (raja bukit), hijau (raja pecut) dan merah (pelumba terbaik Malaysia) yang menjadi rebutan. – BERNAMA

Tags: Pishgaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd