• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perluaskan Tanaman Jagung Bijirin Untuk Ternakan

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Tanaman jagung bijirin untuk makanan haiwan ternakan akan diperluaskan dalam usaha mengurangkan kebergantungan import terhadap bahan berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia perlu mengambil inisiatif mengeluarkan sendiri makanan ternakan itu bagi menangani masalah kenaikan harga bahan itu di pasaran.

”Berdasarkan rekod, setiap tahun Malaysia mengimport RM3.2 billion makanan ternakan bagi memenuhi keperluan industri ternakan dan perikanan yang semakin berkembang di negara ini.

“Jumlah import besar itu dapat dikurangkan jika kita mampu mengeluarkan sendiri bahan makanan ternakan itu di dalam negara bagi menampung keperluan penternak dan ternak air,” katanya pada sidang berita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kawasan Temerloh di Dewan Tun Abdul Razak hari ini..

Menurutnya Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan jagung bijirin untuk ternakan kerana tanah negara adalah sesuai dan subur untuk komoditi itu.

Secara tidak langsung juga, katanya, petani boleh memanfaatkan tanah terbiar dan bekas sawah dengan tanaman jagung kerana tanah sedia ada rendah dan subur.

“Kementerian akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengenal pasti kawasan terbiar yang boleh ditanam jagung secara besar-besaran.

“PPK boleh memain peranan di kawasan masing-masing untuk menyelaras tanaman berkenaan termasuk yang diusahakan oleh pekebun kecil,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jagung Bijian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benih Jagung Bijian Mencukupi Menjelang 2023

15/11/2017
0

SUNGAI PETANI - Negara dijangka mampu mengeluarkan benih jagung bijian yang mencukupi untuk kegunaan tempatan menjelang 2023 sebagai persediaan negara...

300,000 Hektar Diperlukan Untuk Tanam Jagung Bijian

06/07/2017
0

KEMAMAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memerlukan sekurang-kurangnya 300,000 hektar tanah bagi penanaman jagung bijian dalam usaha menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd