• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkembangan Positif Kecederaan Jin Wei Legakan BAM

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhabaran positif mengenai tahap kecederaan yang dialami pemain peseorangan wanita negara, Goh Jin Wei sedikit melegakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dilakukan oleh Insitut Sukan Negara (ISN) semalam, menunjukkan tiada tanda bekas juara remaja dunia 2015 itu mengalami kecederaan kritikal.

Mohamad Norza turut yakin kecederaan buku lali yang dialami atlet berusia 17 tahun itu sewaktu beraksi di Kejohanan Remaja Asia di Jakarta Isnin lepas  dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

“Bagi saya ini adalah berita baik kerana imbasan MRI yang dilakukan sebanyak dua kali menunjukkan yang Jin Wei tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dia boleh kembali pulih sebelum Sukan SEA berlangsung,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Marina Chin meninjau persiapan skuad badminton di Akademi Badminton Malaysia, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Norza menggesa semua pihak supaya tidak memperbesar isu kecederaan tersebut dan memainkan peranan dalam membantu skuad badminton negara mencipta kejayaan pada temasya dwitahunan berkenaan.

“Saya berharap semua pihak terus memberi sokongan bukan sahaja kepada Jin Wei tetapi semua pemain untuk berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Sukan SEA,” katanya. – BERNAMA

Tags: BAMDatuk Seri Mohamad Norza ZakariaJin Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebutir Bom Lama Ditemukan Di Tapak Binaan

Next Post

14 Anggota Polis Cemas Terperangkap Di Dalam Lif

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

14 Anggota Polis Cemas Terperangkap Di Dalam Lif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd